Selasa, 15 Januari 2013

NIK AZIZ MENANGIS KERANA KALIMAH ALLAH

Akibat dari mengikut kata kata DAP kali ini Nik Aziz selaku mursyidul am PAS akan menangis kerana populariti parti tersebut jatuh dan dikhabarkan ramai ahli ahli PAS terutamanya orang orang lama sudah mula merasa ragu dengan perjuangan parti tersebut.

Ramai dikalangan orang orang lama yang seangkatan dengan Nik Aziz serta Hadi Awang amat terkilan dengan tindakan kedua dua pemimpin tersebut yang pada mulanya menyokong kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Kini PAS seperti terjerat dengan permainan DAP yang selama ini dilihat memang tidak begitu selesa dengan setiap perlakuan PAS yang mulanya ingin mewujudkan negera Islam pada asalnya dan disanggah oleh karpal singh kemudian diikuti dengan usul dalam muktamar PAS baru baru ini yang mengatakan bahawa Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan PutraJaya.

Dengan pertelingkahan demi pertelingkahan yang wujud, rakyat sudah dapat mengagak dengan jelas apa yang tersirat dalam benak pemimpin DAP yang mana mereka akan cuba sedaya upaya untuk menidakkan agama Islam sebagai agama persekutuan serta ketuanan melayu di negara ini.

Mungkin juga sudah ramai dikalangan pengikut PAS merasa kurang selesa dengan situasi ini tetapi apa yang mengecewakan mereka ialah ketetapan pemimpin PAS dalam memperjuangkan agama Islam, bayangkan sekiranya satu kalimah tidak mampu mereka pertahankan, apakah kesucian agama Islam dapat mereka perjuangkan?

Tindakan yang pada mulanya menyokong sudah jelas membuktikan bahawa kepimpinan PAS lebih takut kehilangan kuasa bersama sama dengan DAP serta PKR tapi tidak takut kehilangan ahli yang cintakan agama.

Sangkakala merasakan bahawa PAS sudah tidak mempunyai taring lagi dalam memperkasakan agama islam dengan kenyataan kenyataan merapu yang dikeluarkan oleh kepimpinan mereka.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan