Rabu, 30 Januari 2013

NIK AZIZ KENA SERANG

Dalam kata nak tegakkan negara Islam, PAS tukar kata nak jadikan negara berkebajikan.

Sedangkan kerajaan Barisan Nasional dah lama buat negara berkebajikan ni, sejak dari zaman merdeka lagi.

Tapi di Kelantan tak tau le negeri kebajikan macam mana kalau dah tanah untuk rakyat pun habis kena sapu.

Sampai rakyat Kelantan dah mula naik bengang dengan orang tua nyanyuk ni, mungkin dah hilang sabar agaknya.

Tak pernah dengar di Kelantan ada perhimpunan jalanan yang menghalang kenderaan Menteri Besar Kelantan, sekarang dah ada.

Itu tandanya rakyat Kelantan sudah mula sedar bahawa mereka ditipu dan ditindas selama ini.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang menepati janji serta memberi bantuan tanpa mengira fahaman politik, sebagai contoh, tidak ada langsung bahagian dalam borang pemberian BR1M tentang parti yang disertai, ini menunjukkan kerajaan Pusat prihatin terhadap semua lapisan masyarakat.

Kalau dulu mungkin rakyat Kelantan selalu digula gulakan dan sering diasuh supaya percaya dengan kerajaan PAS kini ianya sudah tidak lagi.

Jadi kerajaan PAS kena bersedia untuk menjadi pembangkang di Kelantan sebab dah lama sangat pun memerintah namun tiada apa apa kemajuan yang kelihatan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan