Ahad, 27 Januari 2013

NIK AZIZ DALAM MAJLIS THAIPUSAM

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.

Apa yang menghairankan ialah kenapa Nik Aziz ke rumah Karpal semasa thaipusam yang kebetulan tarikhnya sama dengan tarikh lahir Nik Aziz.

Nik Aziz lebih rela ke rumah Karpal yang mana kawasan tersebut memang sibuk dengan sambutan thaipusam daripada berada di Kelantan untuk bersama sama dengan rakyat negeri itu.

Adakah ini bermakna Nik Aziz sengaja memilih tarikh hari ini untuk turut sama dalam perayaan tersebut tetapi mengatakan ianya lawatan kerana takut dikata hilang aqidah seperti mana yang didakwa oleh PAS terhadap Perdana Menteri tahun lepas.

Sama sama kita fikirkan kearah itu, dan jangan lupa untuk fikirkan juga keperluan Nik Aziz ke kediaman Karpal Singh.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan