Kini heboh tentang penggunaan perkataan Allah diminta untuk dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam di Malaysia.
Sangkakala teringat satu masa dahulu seorang blogger yang nama blognya BigDog pernah memuatkan satu artikel tentang pengumpulan paderi kristian di Negeri Pulau Pinang.
Dalam artikel itu juga ada mengatakan bahawa dalam pengumpulan itu ada satu agenda di mana paderi paderi kristian ini akan mendesak supaya negara ini ditukar perlembagaan daripada negara Islam kepada negara bebas beragama.
Mungkinkah mereka bersepakat dengan Lim Guan Eng untuk menaikkan isu penggunaan nama Allah ini sebagai langkah permulaan untuk merealisasikan apa yang mereka hajati tersebut?
Pada renungan Sangkakala, ada kemungkinan perkara ini berlaku dimana, sekiranya penggunaan nama Allah dibenarkan kepada orang bukan Islam, maka kesamaan dalam agama itu sudah kelihatan dan tidak mustahil nanti mereka akan meminta pula supaya agama persekutuan di tukar.
Jika kita renungkan kemabli, perhimpunan tersebut diadakan di Pulau Pinang dan isu penggunaan kalimah Allah ini juga dijadikan isu oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, semua ini seoalah olah berkait rapat dan seperti telah dirancang.
Jika benar apa yang dikatakan oleh blogger BigDog, maka negara dan agama kita sekarang berada diambang kehancuran dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan maruah agama kita dan kalimah Allah Tuhan maha Esa.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jika kita menonton sinetron Indonesia, kita akn dengar dialog seperti ini, "...aku yakin Gilang kini bahagia di syurga sana..." (petikan dr sinetron 'Aliya' di TV3. Bukankah itu adalah fahaman Kristian yakni, selepas seseorang itu mati, rohnya akn ke syurga jika dia seorang yg baik semasa hayatnya. Namun dialog itu diucapkan oleh karektor2 yg digambarkn sebagai Muslim. Kepercayaan kita org Islam, selepas mati roh akn berada di alam barzah yakni alam sementara menunggu hari kiamat. Samada dapat pergi syurga atau tak, kena lalui mahkamah di Mahsyar dahulu. Semoga umat Islam di M'sia tidak akn terkeliru seperti muslim di seberang.. ameen.
BalasPadam