Isnin, 28 Januari 2013

MUJAHID YUSOF RAWA SEIRINGAN DENGAN PADERI KRISTIAN

Apa dah jadi dengan Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga anak kepada Allahyarham Ustaz Yusof Rawa bekas Mursyidul Am PAS ni?

Kalau masih ada Allahyarham, sudah pastilah beliau akan merasa sangat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilihat begitu gembira berdampingan dengan paderi kristian di Pulau Pinang bersama sam dengan Nik Aziz.

Tapi perkara perkara sebegini mungkin telah menjadi kebiasaan kepada Mujahid kerana sebelum beliau bersama sama Nurul Izzah dalam sebuah forum yang mengatakan kebebasan beragama itu perlu di Malaysia beliau juga pernah membangkitkan isu sama di Pulau Pinang.

Adakah ini sifat seorang pemimpin yang berani mengatakan bahawa beliau memperjuangkan Islam dikawasan Parit Buntar, berdegar degar mengatakan pemimpin UMNO di Kawasan Parit Buntar jahil dan tidak seislam beliau?

Sesungguhnya, sikap Mujahid yang menyokong kenyataan Nurul Izzah serta mengeluarkan kenyataan sama sebelum itu dan hari ini dilihat amat mesra seolah olah isu kalimah Allah yang dipersenda gurau oleh DAP dapat dilupakan dalam senyuman penuh erti tersebut.

Sangkakala berasa amat kecewa dengan kepimpinan Mujahid yang langsung tiada iras dengan kepimpinan Arwah ayahanda beliau dulu, nampaknya sudah jelas bahawa Mujahid hanya berjuang untuk kemenangan sebagai Ahli Parlimen, tetapi tidak berjuang untuk menegakkan syiar Islam itu sendiri.

Tindakan Mujahid hari ini seharusnya dikecam oleh penduduk serta pengundi di Parit Buntar, kerana sikap beliau, nama kawasan Parit Buntar sudah mula tercemar dengan perlakuan yang dilakukan oleh Mujahid selaku Ahli Parlimen.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, beliau sanggup pergi berjumpa dengan paderi kristian seperti didalam gambar, namun kebajikan untuk rakyat di Parit Buntar terus terabai, perkara itu diserahkan kepada parti lawan iaitu UMNO yang tewas di kawasan ini pada PRU lalu dan UMNO dan Barisan Nasional kawasan Parit Buntar bertungkus lumus membantu rakyat tanpa mengenal penat lelah walau pun kalah di kawasan tersebut, kerja kerja kebajikan serta pembangunan masih diteruskan.

Mujahid dilihat kini berasa amat selesa kerana segala tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh beliau selaku ahli parlimen diabaikan dan UMNO serta Barisan Nasional yang terus terusan menjaga kebajikan serta pembangunan tersebut demi keselesaan walau pun dalam PRU12 yang lalu, rakyat Parit Buntar tidak memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk menerajui kepimpinan kawasan.

Sikap antar 2 parti dapat dilihat dari calon atau wakil rakyat mereka dimana Mujahid kini sudah lepas tangan dalam mejalankan tanggungjawab.

Bukankah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin itu juga salah satu tuntutan agama?

Janji janji yang ditabur semasa pilihanraya lalu juga tidak ditunaikan, bukankah salah satu sifat orang ornag munafik ialah orang yang tidak menepati janji? Dan orang munafik ini tidak layak dijadikan sebagai pemimpin di semua peringkat.

Apa apa pun Sangkakala menyeru kepada semua rakyat serta pengundi di Parit Buntar, tolak pemimpin sabegini demi kelangsungan modal insan di kawasan serta keutuhan agama Islam.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 ulasan:

  1. mesti nik aziz bangga sebab orang pempuan kristian pakai tudung, hu hu hu

    BalasPadam
  2. Meroyan la ko, dah tak ada modal. Idham lim punya cerita dah senyap . Bawa cerita fitnah lain pula

    BalasPadam