Selasa, 22 Januari 2013

MAZLAN ALIMAN MELAWAK DENGAN PENEROKA

Mungkin Pengerusi ANAK Mazlan Aliman cuba nak bergurau dengan peserta Felda Kemahang yang mendakwa beliau menggelapkan wang pampasan dengan mengatakan bahawa beliau akan menyaman peserta peserta yang terlibat dalam dakwaan tersebut.

Kalau takde angin masakan pokok boleh bergoyang, bukankah pengakuan tersebut dilakukan oleh peneroka sendiri dan Mazlan dilihat cuba untuk mempertahankan diri sahaja sebenarnya.

Jika perkara tersebut tidak terjadi, adalah agak mustahil untuk peneroka peneroka tersebut mengeluarkan kenyataan yang sebegitu rupa.

Tindakan menyaman adalah satu langkah akhir yang dilakukan oleh Mazlan dalam mempertahankan diri, dengan berbuat demikian beliau akan dianggap bersih kerana kononnya berani mempertahankan diri.

Tapi perlu juga diingat oleh Mazlan, jangan nanti saman tersebut memakan diri sendiri, boleh cuba tapi Sangkakala yakin bahawa peneroka yang membuat tuduhan juga mempunyai bukti yang mencukupi untuk dikemukakan ke muka pengadilan.

Jadi kita tengok sama sama nanti kesudahan lawak jenaka diantara Mazlan dengan peneroka Felda Kemahang 3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan