Selasa, 22 Januari 2013

KETUA AMK SELANGOR LUPA ATAU TIDAK DIBERITAHU

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendakwa bahawa isu air di negeri itu sengaja dipolitikkan oleh Barisan Nasional akan mengadakan satu himpunan aman 25 Januari ini, bermula di pekarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang sebelum berarak ke Istana Alam Shah.

Agaknya ketua ketua AMK ni memang kurang cerdik atau sesungguhnya tidak cerdik, sebab 30% pegangan saham dalam syer konsesi air yang dimiliki oleh SYABAS adalah kepunyaan kerajaan negeri jadi kenapa pula kerajaan pusat yang perlu dipersalahkan?

Apa yang Sangkakala agak ialah mungkin ketua AMK ni tidak tahu, pura pura tidak tahu atau tidak diberitahu tentang kewujudan syer tersebut hinggakan mereka akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan DYMM Sultan Selangor.

Namun dari sudut lain pula Sangkakala melihat perkara ini sengaja dibesarkan kerana mereka (kerajaan Selangor) cuba menutup kesalahan mereka dengan tidak memberikan kerjasama dalam pembinaan kolam tadahan Langat 2, dan ini bermakna mereka sendiri yang cuba mempolitikkan krisis tersebut untuk menunjukkan bahawa kerajaan pusat kejam atau zalim.

Cuba kita fikirkan sejenak, sekiranya kerajaan pusat itu benar benar zalim, sudah pasti kerajaan pusat tidak menawarkan untuk menjalankan projek tersebut sekiranya kerajaan negeri tidak mempunyai modal yang mencukupi, adakah itu dikatakan zalim?

Yang zalim sebenarnya ialah kerajaan pakatan yang memerintah Selangor pada ketika ini yang mana kerajaan negeri sanggup melihat rakyat menjalani kehidupan sukar akibar dari masalahair yang melanda di negeri itu.

Selama kerajaan Barisan Nasional memerintah di Selangor, perkara seperti ini tidak pernah terjadi dan seluruh rakyat Selangor khususnya mendapat bekalan air yang mencukupi hinggalaj kerajaan pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada PRU12 yang lalu.

Janji Perdana Menteri yang mengatakan bahawa sekiranya Barisan Nasional memerintah semula negeri Selangor masalah tersebut tidak akan terjadi adalah benar kerana ianya telah terbukti sebelum PRU12 yang lalu.

Tolak Pakatan demi kesejahteraan bersama, jangan beri peluang kepada kerajaan yang zalim seperti pakatan untuk terus memerintah di Selangor.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan