Selasa, 8 Januari 2013

KEROSAKAN DI STADIUM MERDEKA BAKAL BERLAKU

Pihak pengurusan stadium Merdeka hari ini dikatakan tidak mengendahkan kehadiran Pakatan Rakyat yang tiba ke pejabat mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi menggunakan stadium berkenaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.

Sangkakala percaya mengapa perkara ini terjadi, namun Sangkakala agak sangsi dengan perkataan tidak mengendahkan kehadiran mereka, mungkin juga kerana tiada pegawai atau orang yang bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan tersebut tiada.

Tapi dari satu sudut lagi, Sangkakala merasakan pihak stadium Merdeka tidak mahu memberi kebenaran kerana mereka risau akan berlaku  kerosakan yang bukan sahaja sedikit tapi mungkin akan melibatkan perbelanjaan yang besar.

Tambahan pula, himpunan ini belum lagi mendapat kebenaran atau permit untuk berkumpul dari pasukan Polis. Mungkin juga kerana sejarah himpunan BERSIH dahulu membuatkan pihak Polis perlu menjalankan penelitian dalam memberi kebenaran atau permit tersebut.

Sangkakala juga berpendapat, tidak ada gunanya untuk berhimpun sebegitu kerana, Pakatan Rakyat sudah acap kali melakukan himpunan demi himpunan dan semuanya berakhir dengan keganasan dan mereka seringkali pula menyalahkan pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

Pada kebiasaanya, pihak penganjur perlu untuk memberi jaminan bahawa himpunan yang bakal dijalankan akan berjalan dalam keadaan aman dan tidak mengakibatkan kerosakan akibat dari rusuhan yang dilakukan.

Puak pakatan Rakyat perlu melihat sama ada mereka mampu untuk mengawal para pengikut mereka atau pun tidak tetapi daripada apa yang telah berlaku dahulu, jelas menunjukkan bahawa mereka gagala mengawal para peserta himpunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan