Selasa, 15 Januari 2013

IDHAM LIM SELESA MUJAHID MULA GOYANG

Walaupun isu tanah dan pusat pendidikan yang masih menjadi tanya, Idham Lim merasakan bahawa dirinya selesa kerana dikhabarkan beliau tidak akan diletakkan sebagai calon lagi di Titi Serong.

Tapi kini yang menjadi kerisauan ialah Mujahid, dengan pelbagai isu di peringkat nasional, tambahan pula dengan kenyataan beliau menyokong kebebasan beragama, sudah pasti akan memberikan satu kesan yang amat dalam.

Untuk bertukar kawasan bertanding adalah tidak kungkin kerana arwah ayah beliau juga pernah bertanding di kawasan Parit Buntar namun tidak langsung menyerupai apa yang beliau lakukan kini.

Kepimpinan arwah Yusof Rawa amat berbeza dan ini membuktikan bahawa Mujahid tidak mampu mencontohi kepimpinan arwah yang benar benar memperjuangkan agama Islam.

Dengan pembukaan bilik bilik gerakan di sekitar kawasan Parit Buntar membuatkan beliau bertambah gusar disertai pula dengan kegiatan anak anak muda yang kini lebih cenderong menyokong kepimpinan Barisan Nasional.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

  1. Takut dah ka nak menulis tentang idham lim. Dasar umno pengecut , ada blogger pun bangang . Baru buka bilik gerakan dah gah, tak sedar lawan umno dah buka bilik gerakan dah bertahun.

    BalasPadam