Rabu, 9 Januari 2013

IDHAM LIM LICIK MEMBOHONGI RAKYAT TITI SERONG


Cukup bijak dan licik Idham Lim ADUN Titi Serong mempergunakan rakyat di Titi Serong selama ini. Dalam Artikel sebelum ini Sangkakala ada keluarkan tentang Idham Care yang dikatakan ingin membuka sebuah kompleks pendidikan yang dinamakan Darul Anwar.

Namun apa yang menjadi pertanyaan dan persoalan ialah, no akaun untuk menyumbang dana bagi pembiayaan ini telah ditukar sebanyak dua kali dan Sangkakala rasa seperti ada sesuatu yang tak kena.

Perkara ini telah dikemukakan oleh seorang rakan blogger Sangkakala yang mengeluarkan artikel baru baru ini tentang penjualan Quran digital yang dikatakan sebagai salah satu cara untuk menyumbang.

Untuk itu, pembaca boleh klik <disini>

Dalam artikel rakan Sangkakala ini ada dimuatkan juga gambar dimana tertera no akaun lama yang digunakan dalam kutipan atau sumbangan tersebut.


Nampak no akaun Maybank pada gambar yang tertera diatas bukan? Ianya sama dengan tapi gambar mesin deposit wang yang Sangkakala perolehi seperti gambar kedua tadi dan dibawah ini pula menunjukkan yang sebaliknya.

Anda lihat perbezaan antara dua gambar yang mempunyai nombor akaun Maybank itu? Yang mana satukah akaun yang diguna pakai oleh Idham dalam urusan sumbangan ini?

Jadi apa lagi bukti yang kita perlukan? Sudah terang bahawa ada udang di sebalik batu dalam urusan kutipan derma dan sumbangan ini, ianya kemungkinan besar adalah untuk memenuhi keperluan sekiranya Idham tidak lagi dicalonkan sebagai calon wakil rakyat dari PAS.

Untuk rakyat di sekitar Titi Serong, Sangkakala rasa sudah sampai masanya untuk kita semua menolak parti yang meletakkan orang yang tidak ikhlas seperti ini dan tidak mustahil mereka akan meletakkan pila orang lain untuk menutup kesalahan atau penyelewengan yang dilakukan oleh wakil rakyat mereka.






1 ulasan:

  1. Jika benar kenapa UMNO Parit Buntar tidak berani buat laporan polis.

    Blogger Sangkakala jangan jadi bacul melalui blog. Buat laporan polis atau buat laporan SPRM jika dakwaan anda benar

    BalasPadam