Ahad, 6 Januari 2013

HIMPUNAN RAKYAT DI PULAI GAGAL

Himpunan Rakyat yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di PPR Kempas Permai dalam Parlimen Pulai malam tadi menunjukkan bahawa mereka mendapat sambutan luar biasa.

Setelah sebulan mereka mempromosikan program tersebut, hanya lebih kurang 300 orang yang hadir, itu pun bukan dari kalangan penduduk PPR Kempas Permai dalam Parlimen Pulai.

Rata rata yang hadir adalah orang luar mengikut kata seorang rakan Sangkakala yang meninjau ninjau keadaan sekeliling ceramah yang diadakan.

Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat turut hadir antaranya Elizebeth Wong, Chegu Bard, Hishamudin Rais gagal membawa pengikut mereka untuk mendengar ceramah mereka.

Satu lagi yang menjadi bahan ketawa ialah apabila Elizebeth tersasul dengan meminta semua yang hadir untuk mengundi Barisan Nasional, mungkin itulah haba yang keluar dari penyokong penyokong Barisan Nasional di kawasan tersebut.

Apakah dengan kehadiran begitu Salahuddin Ayub masih lagi mengatakan bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk menawan Johor yang terkenal dengan sifat setia mereka terhadap pemimpin?

Mungkin Salahuddin juga perlu untuk memikirkan semula niat beliau untuk balik bertanding di negeri Johor.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan