Jumaat, 25 Januari 2013

CABARAN GUAN ENG DI SAHUT OLEH AHLI DAP

Cabaran Lim Guan Eng, setiausaha agung DAP bahawa pemilihan semula CEC parti itu akan diadakan semula oleh DAP sekiranya ada ahli dari akar umbi yang memohon atau membuat laporan.

Namun laporan demi laporan dilakukan tapi masih tiada apa apa tindakan yang dilihat menjurus kearah itu sehingga kini.

Sudah terbukti bahawa DAP hanya bercakap mengikut apa yang sedap disengar tapi untuk melaksanakannya adalah amat mustahil.

Pemilihan CEC DAP yang diadakan semasa konvension parti tersebut baru baru ini melihatkan bahawa parti tersebut tiada ketelusan dalam pemilihan parti.

Jika dalam parti sudah tidak menunjukkan kebersihan dalam pemilihan, rasanya tidak perlulah parti tersebut beriya iya untuk membersihkan pilihanraya yang mereka dakwa sebagai kotor.

DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi. Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.

Jadi bila lagi agaknya pemilihan semula akan diadakan oleh DAP dalam menunjukkan ketelusan mereka dan silalah pastikan dalam pemilihan tersebut tidak akan ada kesilapan pengiraan undi seperti sebelumnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan