Khamis, 17 Januari 2013

APABILA PELAWAK NAK JADI ULAMAK

Ini lah akibat apabila pelawak diangkat oleh PAS sebagai ulamak.

Bob Lokman sebelum ini berdentum dentam berceramah sekeliling alam tentang Islam namun apabila patrick teoh berkata tentang Islam, beliau pula kata jangan salahkan kerana Patrick bukan Islam.

Ini adalah contoh apabila orang yang kurang pengetahuan dan selama ini kurang mengambil berat tentang agama dibawa ke kancah politik separuh agama separuh oleh PAS.

Bob Lokman berkata tidak ada gunanya kalau beliau menghentam secara peribadi terhadap Patrick kerana itu tidak membantu, tapi adakah dengan berdiam diri akan lebih membantu.

Selaku seorang yang beragama islam dan juga bekas seorang artis, Bob boleh menggunakan kelebihan perkenalan beliau untuk menasihati Patrick agar tidak memperkatakan apa apa jua tentang agama Islam.

Tapi mungkin kerana politik, Bob menjadi risau sekiranya beliau menghentam Patrick akan merosakkan rancangan beliau yang sebelum ini dikatakan ingin menjadi calon PAS.

Kalau Bob jadi calon rasanya tambah huru hara lagi keadaan kerana nanti akan bertambah sorang lagi yang menyokong penentangan terhadap agama islam.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan