Rabu, 16 Januari 2013

ANWAR MENYESAL ADAKAN HIMPUNAN KL112

Anwar Ibrahim meminta kepada pihak berkuasa Polis untuk tidak memburu peserta dan penganjur himpunan kl112 kerana melanggar peraturan serta syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tersebut.

Beliau kini mengambil kira pula tentang ucapan terima kasih Perdana Menteri kepada peserta serta penganjur himpunan tersebut yang tidak melakukan kekecohan sepanjang perhimpunan.

Itu sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan untuk pihak polis menghentikan siasatan kerana peserta serta pengajur didapati melanggar 3 syarat iaitu membawa kanak kanak dibawah umur 15 seperti mana yang ditetapkan dan ianya jelas melanggar syarat perhimpunan dibawah akta kanak kanak 2001.

Peserta juga diminta supaya tidak membawa apa apa sepanduk yang boleh menjurus kearah provokasi dan satu lagi ialah himpunan tersebut melebihi dari 30'000 orang peserta seperti mana yang telah dipersetujui oleh pihak pengajur.

Anwar mungkin merasa kekesalan beliau dalam menjalankan perhimpunan yang mana ianya kini menjadi beban kepada peserta perhimpunan yang secara terang (bergambar) membawa kanak kanak bahkan mereka yang kurang upaya ke perhimpunan tersebut.

Jadi sekarang kita tunggu sahaja tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa dalam hal ini dan ini adalah sebagai satu pengajaran kepada para peserta supaya jangan terlalu ikutkan kata kata pemimpin pembangkang yang cuma inginkan kuasa.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan