Kali ini Pakatan Rakyat cuba pula untuk membohongi rakyat negeri Pahang yang mana kononnya mereka akan menawarkan tawaran mega kepada rakyat negeri itu sekiranya diberi mandat memerintah Pahang pada PRU akan datang.
Ayat yang sama juga telah dikeluarkan dalam bentuk menifesto di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Tapi yang amat ketara terjadi pembohongan demi pembohongan ini adalah di negeri Selangor.
Dengan isu subsidi air yang masih tidak selesai, isu sumbangan kepada ibu ibu tunggal, isu PKNS dan pelbagai lagi isu yang timbul.
Apa yang menjadi kehairanan ialah, Pakatan Rakyat masih lagi mampu untuk menabur janji janji kosong setelah melihat kejayaan demi kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional menerusi program Janji Ditepati yang mana program ini telah memberikan banyak manafaat kepada rakyat dan ini telah terbukti dengan pemberian BR1M dan sebagainya tanda ucapan terima kasih kerajaan kepada semua lapisan rakyat Malaysia.
Seperti yang kita pernah dengari tidak berapa lama dahulu dimana ada sekumpulan rakyat Selangor telah cuba menghantar menifesto yang pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor namun ianya tidak diterima oleh Menteri Besar dan sekaligus meyakinkan kita semua bahawa mereka ini hanya pandai berjanji tapi yang sebenarnya mereka tidak pernah sekali untuk berusaha menunaikan janji tersebut.
Usah kata janji yang diucapkan, bahkan janji bertulis seperti itu juga tidak mereka endahkan, adakah janji janji ini akan kita terima sebulat suara tanpa merujuk kepada janji janji terdahulu. Fikir fikirkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan