Naib Presiden PKR, Nurul Izzah baru baru ni kata kalau Pakatan Rakyat memerintah maka pengambilan anggota keselamatan akan dibekukan.
Ini kerana menurut beliau, bilangan anggota keselamatan di negara ini melebihi dari keperluan dan standard nisbah anggota keselamatan dengan rakyat badan dunia.
Namun hari ini, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan telah menyatakan bahawa standard nisbah anggota keselamatan dengan rakyat masih belum mencukupi lagi.
Nisbah anggota keselamatan negara kita pada hari ini ialah pada kadar 1 anggota bersamaan 500 orang rakyat sedangkan nisbah standard dunia pula ialah 1 anggota berasamaan dengan 250 orang rakyat.
Nampak sangat Nurul Izzah tidak tahu tentang standard nisbah yang dikatakan oleh beliau.
Kemungkinan besar juga Nurul Izzah bersama sama parti Pakatan Rakyat sememangnya suka jika keselamatan nagara serta rakyat longgar dan membolehkan pelbagai kegiatan jenayah berlaku.
Atau mungkin juga Nurul Izzah lupa bahawa setiap tahun sudah pasti akan ada anggota yang bersara dan tidak kurang juga yang membuat pilihan untuk bersara awal.
Kan ke dah kantoi dengan Menteri, lain kali nak cakap tu kaji le dulu, jangan ikuit sedap mulut je, nak kurangkan anggota keselamatan kononnya, boleh ke Pakatan Rakyat memberi jaminan akan mengurangkan kadar jenayah kalau mereka memerintah nanti?
Ini le manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, kalau Pakatan Rakyat memerintah, sudah pasti mereka akan dilindungi oleh pengawal pribadi yang sanggup mengacukan senjata api kepada rakyat kononnya untuk mempertahankan majikan.
Tapi semasa mengeluarkan senjata api tersebut, tidak pula ada tanda tanda yang keselamatan majikan mereka tergugat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan