Khamis, 20 Disember 2012

LAGI WARGA EMAS DI PERMAINKAN @mohdsharkar @MBPahang @SuffianAwang1

Dalam ramai ramai penduduk Gebeng, cuma tiga orang sahaja yang memfailkan saman supaya operasi kilang Lynas di bekukan dan pemberian TOL atau lesen operasi sementara ditarik balik.

Ini semua sebenarnya hanyalah mainan dari pembangkang yang iri hati dengan kemajuan yang bakal dibawa oleh kerajaan ke kawasan tersebut.

Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai panel hakim dalam tuntutan berkenaan berkata, mahkamah itu mendapati hakim Mahkamah Tinggi bertindak betul di sisi undang-undang dan dari segi fakta apabila beliau menolak permohonan penangguhan mereka.

Penduduk terbabit -- Tan Bun Teet, 64, Syed Talib Syed Sulaiman, 60, dan Hasimah Ramli, 44, memfailkan permohonan bagi mendapatkan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mengetepikan keputusan LPTA pada 30 Jan tahun ini dan keputusan menteri berkenaan pada 13 Jun berhubung kelulusan TOL kepada LAMP.

Cuba kita lihat 2 dari pada 3 orang yang memfailkan permohonan tersebut adalah warga emas yang mungkin tidak tahu apa apa tentang Lynas, kemungkinan mereka ini telah ditakut takutkan dengan cerita seperti letupan Atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam perang dunia ke 2, jadi mereka ini sanggup untuk memfailkan permohonan demi untuk keselamatan anak cucu mereka sedangkan Lynas telah disahkan selamat oleh pakar Nuklear dan mempunyai kadar radiasi dibawah paras yang dibenarkan.

Mahkamah itu juga memerintah penduduk berkenaan membayar RM20,000 sebagai kos kepada semua responden, yang terdiri daripada menteri berkenaan, LPTA, Lynas Corporation Ltd (sebuah syarikat Australia) dan Lynas Malaysia Sdn Bhd.

Panel itu membuat keputusan berkenaan setelah mendengar hujah yang dikemukakan peguam Datuk Bastian Pius Vendargon yang mewakili penduduk terbabit, Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili Lynas dan peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili menteri berkenaan dan LPTA.

Kan ke dah kena bayar pasal perkara tu, nanti boleh le kata kerajaan ambil duit rakyat untuk prosiding mahkamah, sudah sudah le buat kerja bodoh macam tu, pakar nuklear dari PAS pun tak keluarkan kenyataan yang mengatakan Lynas tu bahaya, kenapa perlu ikut telunjuk si Fuziah Saleh tu? Dia bukan tau apa pun dalam bidang Nuklear atau pun Atom.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan