Sabtu, 15 Disember 2012

KERAJAAN SELANGOR LINTAH DARAT

MCA Selangor hari ini menyelar tindakan MBSA yang menaikkan cukai pintu hingga 10 kali ganda berkuat kuasa tahun hadapan.

Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri itu tidak ubah seperti lintah darat yang menyedut segala pemilikan yang ada oleh rakyat negeri itu secara tidak langsung.

Sangkakala umpamakan begitu kerana jika seseorang individu terbabit tidak melunaskan cukai pintu tersebut, maka MBSA akan menyita premis hingga membuatkan pemilik terpaksa berhutang atau bergolok gadai demi melunaskan cukai tersebut.

Ini kah yang dikatakan kerajaan berkebajikan yang diwar warkan oleh pakatan selama ini? Adakah ini cara kerajaan negeri Selangor ingin menutup segala kerugian kerajaan negeri? Atau adakah ini salah satu cara kerajaan Selangor nanti akan mengatakan behawa negeri tersebut mencapai keuntungan yang berlipat ganda dengan memerah keringat rakyat Selangor?

Melalui rekod, ada penduduk yang membayar cukai pintu kepada MBSA berjumlah RM1,470 bagi tahun 2011, dan jumlah itu meningkat menjadi RM5,512 pada tahun berikutnya, serta notis baharu yang diterima adalah berjumlah RM23,040 bagi tahun 2013.

Kalau ini menjadi amalan kerajaan negeri Selangor, sudah pasti ramai rakyat di negeri itu akan kehilangan harta mereka kerana akan dirampas oleh kerajaan negeri ekoran kegagalan membayar cukai.

Sama juga dengan apa yang terjadi kepada penduduk penduduk yang merupakan peneroka Felda Sungai Buaya Ulu Selangor yang mana tanah mereka dirampas oleh kerajaan negeri ekoran mereka gagal untuk membayar cukai hasil tanah selama 3 tahun (pakatan memerintah) sedangkan selama tujuh tahun sebelum itu (semasa kerajaan Barisan Nasional) tanah milik peneroka ini tidak dirampas walaupun seinci. Alasan yang diberi oleh kerajaan Pakatan Selangor ialah, peneroka tidak membayar cukai hasil tanah selama sepuluh tahun sedangkan mereka baru memerintah selama tiga tahun pada ketika itu.

Inilah yang akan dialami dan akan terus dirasai oleh rakyat Selangor selagi kerajaan Pakatan ini menjadi pemerintah di negeri tersebut. Ayuh kita tolak kerajaan Pakatan, berikan mandat penuh kepada Barisan Nasional untuk kesejahteraan kita di masa hadapan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan