Rabu, 12 Disember 2012

JABATAN PENDAFTARAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB

Cuma 300 orang yang datang berarak di Putrajaya dan menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara pada hari ini, mana baki lagi 299700 orang lagi yang didakwa tidak mempunyai kad pengenalan jika mengikut dakwaan N. Surendran Nain Presiden PKR?
MELAYU PEREMPUAN TU TAKDE IC JUGA KE?

Namun yang datang pada hari ini juga dilihat bukanlah seratus peratus India yang dikatakan lahir di Malaysia namun tidak mempunyai dokumen kelahiran.
SEBELAH KANAN TU MACAM CINA JE, KATA INDIA YANG TAKDE KAD PENGENALAN
Sangkakala nampak dari gambar yang di sediakan dibawah, ada juga Cina dan Melayu yang turut sama hadir ke himpunan tersebut, mustahil sangat Cina dan Melayu ni takde kad pengenalan diri mereka.

Apa apa pun Sangkakala nak beritahu disini bahawa, seperti yang Sangkakala sendiri pernah tanyakan kepada seorang rakan India yang juga tidak mempunyai kad pengenalan satu masa dulu ada memberitahu bahawa, ibu dan bapa beliau lahir di India dan sesudah sampai ke Malaysia mereka tidak memohon untuk mendapatkan kad pengenalan, jadi oleh yang sedemikian kedua ibu bapa rakan Sangkakala ini tidak berani untuk mendaftarkan kelahiran beliau di Malaysia.

Tapi bagaimana keadaan ini boleh terjadi sebenarnya?

Semua ini berlaku apabila mereka dibawa semasa kanak kanak ke Malaysia dan mereka tinggal serta bekerja di ladang ladang getah sebelum dijadikan ladang sawit, dan mereka ini berkahwin didalam kawasan ladang tersebut dihadapan Kuil dan sami Hindu, jadi perkahwinan itu juga tidak didaftarkan di jabatan Pendaftaran.

Setelah mereka mempunyai anak, maka anak ini juga tidak didaftarkan atas sebab takut bahawa mereka akan ditangkap oleh pihak berkuasa tambahan pua mereka ini tidak didedahkan dengan polisi kerajaan yang akan menerima dan menapis semua jenis permohonan.

Kenapa mereka ini tidak mahu berusaha sendiri untuk mendapatkan kad pengenalan? kenapa perlu melalui orang tengah dan siapa pula orang tengah itu juga perlu kita kaji dengan teliti.

Kes kes seperti ini telah didedahkan oleh Naib Pressiden PKR N. Surendran, dan kita semua sedia maklum bahawa N. Surendran adalah seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri kalau tak silap.

Jadi adalah biasa kepada peguam peguam Pakatan Rakyat ini untuk menjadi popular kerana mereka juga perlu 'cari makan' dan dengan cara membawa mereka (peserta himpunan) ini ke PutraJaya, kemungkinan besar mereka akan melantik peguam untuk mewakili mereka dalam usaha untuk mendapatkan kad pengenalan.

Jika perkara ini berlaku, maka sudah pasti N. Surendran akan mengenakan bayaran yuran guaman untuk mewakili mereka dan harus diingat juga bahawa, polisi kerajaan hari ini, sekiranya mereka (peserta himpunan) ini tidak mempunyai dokumen lengkap, maka mereka tidak layak untuk mendapat kad pengenalan, adakah itu juga salah kerajaan?

Sangkakala amat yakin bahawa tidak semua yang mendakwa diri mereka itu lahir di Malaysia adalah sebenar benarnya anak kelahiran Malaysia, sudah pasti akan ada yang mengambil kesempatan diatas semua kejadian ini.

Jadi bagi Sangkakala, Jabatan Pendaftaran perlu bertanggung jawab dalam meneliti serta memperhalusi setiap seorang dari mereka dan jika boleh atau perlu, apa kata jika dilakukan ujian pengesan pembohongan terhadap mereka disitu nanti kita lihat sejauh mana kebenaran dari apa yang mereka katakan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan