Isnin, 24 Disember 2012

GUAN ENG MAIN ISU ALLAH SEKALI LAGI

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.

Adakah Guan Eng tahu tentang perbezaan agama jika perkataan Allah digunakan dalam mana mana kitab agama tidak kira kristian, hindu, budha dan sebagainya.

Mungkin Guan Eng sengaja nak menaikkan api keagamaan di dalam negara.

Jika perkataan Allah diberi kebenaran dalam lain lain kitab selain dari Al-Quran sudah tentu akan menjadi kemusykilan dimasa akan datang.

Ini kerana anak anak generasi akan datang tertanya tanya adakah Allah dalam kitab Al-Quran dan Allah yang digunakan dalam kitab Injil (pegangan kristian) itu adalah sama? Sedangkan agama Kristian tidak mempercayai kitab Al-Quran.

Guan Eng jangan sesekali bertindak menggunakan isu ini untuk meraih undi dari kalangan orang bukan islam. Kerana ianya akan menjadi lebih rumit dan boleh membangkitkan rasa marah orang orang Islam di seluruh negara.

Sangkakala pula ingin menyarankan kepada ulama ulama PAS supaya menegur sikap Guan Eng yang dilihat begitu biadap selama ini dalam isu agama Islam hingga nama Allah turut dipolitikkan.

Jangan kerana inginkan kuasa PAS atau Ulama dalam PAS berdiam diri dan mengiyakan apa sahaja perlakuan yang dibuat oleh pemimpin pemimpin DAP dalam isu agama ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

  1. dia nak tutup dan divert isu pemberian tanah pada Nga Ngeh..

    BalasPadam