Jumaat, 23 November 2012

RAFIZI DAH MULA RISAU

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk membatal tuduhan terhadapnya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 berkaitan dengan National Feedlot Corporation (NFC).

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ghazali Cha.

Rafizi didakwa di bawah Bafia awal tahun ini kerana didakwa mendedahkan maklumat akaun perbankan penting yang berkaitan dengan NFC dan juga pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Walaupun membuat keputusan tersebut, Hakim Ghazali bagaimanapun membenarkan penangguhan prosiding di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan.

Haahaa..mesti anak ikan ni dah mula risau, kalau dulu banyak kes yang melibatkan pembangkang mendapat pelapasan, kini tidak lagi apabila kes kes mereka didapati relevan untuk di buat pendakwaan.

Dah mula risau anak ikan ni kot sekarang, kalau kes sangkut, harapan untuk menjadi calon akan berkubur begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan