Selasa, 13 November 2012
JANJI DITEPATI DI NEGERI SELANGOR
Masyarakat India yang beragama Hindu hari ini boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pembinaan kondominium setinggi @( tingkat berhampiran dengan Kuil Batu Cave akan dibatalkan sekiranya Barisan Nasional kembali menjadi kerajaan negeri Selangor selepas PRU13 nanti.
Ini adalah sesuatu yang amat baik bagi menyelesaikan kes Kondominium yang menjadi kontroversi di negeri tersebut.
Seperti yang diketahui umum, kerajaan Barisan Nasional akan menunaikan janji tersebut dengan syarat Barisan Nasional diberi mandat untuk memerintah negeri itu.
Tidak seperti kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya akan tahu berjanji namun segala janji tersebut akan lenyap setelah mereka mendapat kuasa memerintah.
Harap-harap masyarakat India khususnya yang beragama Hindu mengambil iktibar dariapa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selama mereka memerintah di negeri Selangor.
dah umno yg luluskan projek tu..so dia la yg boleh batal balik projek ni..projek ni start tahun 2007..pr belum dpt selangor lg tu
BalasPadam