Isnin, 19 November 2012
CETEKNYA FIKIRAN HADI AWANG
Sangkakala terbaca dalam portal Malaysiakini malam tadi, dalam artikel yang bertajuk (Hadi bidas Dr M isu 'hudud untuk semua') jelas menunjukkan bahawa Presiden PAS itu bukanlah secerdik yang disangka oleh para pengikut parti itu.
Ini jelas sekali apa bila beliau mengatakan bahawa "Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia,".
Adakah hudud itu hanya berkisar tentang minum arak?
Apa yang Sangkakala faham tentang apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir ialah bagi kesalahan jenayah, contohnya jika seseorang itu mencuri, dan adakah mencuri itu dibenarkan dalam agama lain?
Jika Hadi memahami bahawasanya kita sekarang berada didalam negara berbilang kaum, sudah pastilah Hadi tidak berani mengatakan perkara seperti itu.
Apa yang Sangkakala faham tentang Hudud ialah, seandainya seorang islam didapati mencuri maka tangan si pencuri akan di potong, itu bagi orang islam, bagai mana pula dengan orang bukan islam? sudah tentulah hukumannya hanya penjara kerana si pencuri akan didakwa di mahkamah sivil.
Adakah itu keadilan yang dikatakan oleh Hadi Awang?
Hadi Awang nampaknya perlu memahami konsep hidup didalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. nampak sangat mentaliti rendah hingga tidak dapat membezakan yang mana satu keadilan yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan