Sabtu, 17 November 2012

1MOCC BANYAK SUSAH DARI SENANG

Seperti artikel yang pernah Sangkakala terbitkan sebelum ini tentang 1MOCC, Sangkakala lihat lebih banyak kesusahan dari pada kesenangan yang bakal terpacul nanti.

Mungki bagi yang pertama kali melihat 1MOCC ini atau pertama kali mendengar apa tugas-tugas 1MOCC akan mengatakan bahawa ini adalah sistem terbaik atau untuk mempermudahkan rakyat membuat sebarang aduan kepada Jabatan Kerajaan yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga kebajukan serta keselesaan rakyat.

Namun bagi Sangkakala pula ianya akan menyukarkan lagi keadaan, pelanggan akan menghubungi 1MOCC untuk membuat aduan, adakah ianya mengikut apa yang diperkatakan?

Baik, Sangkakala ambil contoh disini, sekiranya seorang pelanggan ingin melaporkan satu kejadian atau sebagainya berkeaan dengan agensi kerajaan, adakah pegawai di 1MOCC mampu menjawab secara lisan, atau adakah mereka juga perlu untuk mendapatkan jawapan daripada pihak yang diadu?

Jika pegawai di 1MOCC sendiri perlu mendapatkan jawapan dari agensi berkenaan, Sangkakala rasa ianya ada sesuatu yang menyusahkan kerana apa?

Si pengadu akan menunggu satu jangkamasa yang panjang sebelum mereka dapat bercakap dengan pegawai 1MOCC, tetapi adakah pengadu akan mendapat jawapan secara tepat dan cepat? Atau adakah pegawai berkenaan juga perlu menghubungi agensi yang diadu?

Jika pegawai 1MOCC perlu mendapatkan jawapan dari pihak yang diadu, ianya akan mengambil masa lagi.

Seperti kata rakan blogger Sangkakala, saudara Yuseri Yusoff di dalam blog beliau, sekiranya setiap panggilan dikenakan caj sebanyak RM0.05 seminit sekali pun, sekiranya mengambil masa lama sudah tentulah bayaran yang dikenakan agak tinggi juga bukan?

Ikuti link artikel blog dibawah untuk bacaan lanjut tentang perkara tersebut

http://bit.ly/Sy4ZBU

Itu pendapat yang diberikan oleh rakan blogger Sangkakala.

Dari sudut lain pula, sejauh mana keberkesanan talian aduan yang diwujudkan ini? Adakah ianya nanti mampu untuk memuaskan hati pengadu? Sangkakala tidak memberikan keyakinan sepenuhnya dalam hal tersebut.

Cuba kita bayangkan, jika pegawai yang menjawab panggilan si pengadu di 1MOCC juga perlu mendapatkan jawapan daripada agensi yang diadu, lebih baik si pengadu terus sahaja membuat aduan kepada agensi tersebut, untuk apa mereka mengeluarkan perbelanjaan lebih semata-mata untuk membuat aduan kepada pihak yang tidak mampu membuat keputusan?

Talian 03 8000 8000 ini adalah talian berbayar dan 1MOCC dikatakan beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, adakah laporan yang dibuat pada waktu lepas waktu pejabat akan mendapat jawapan segera atau perlu menunggu keesokan harinya baru jawapan boleh diperolehi?

Sangkakala juga berpendapat, sekiranya kerajaan ingin mendapatkan laporan telus berkenaan kepincangan agensi-agensi dibawahnya, kerajaan perlu melantik satu badan bukan kerajaan atau NGO tidak kiralah ianya persatuan atau pertubuhan.

Seperti yang Sangkakala pernah katakan dalam artikel berkenaan isu sama dahulu, Sangkakala dapat tahu bahawa ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinamakan sebagai Customer Relationship Management and Contact Centre Association of Malaysia (CCAM).

Pertubuhan ini juga tidak berapa lama dahulu pernah memberikan Anugerah kepada YBhg Datin Seri Rosmah Mansur. Dan Sangkakala yakin bahawa kerajaan pada hari ini sedar bahawa pertubuhan ini mampu untuk mengawal selia sistem panggilan khidmat pelanggan, kerana pertubuhan ini juga mempunyai ramai ahli dikalangan syarikat-syarikat besar yang menggunakan talian 1-800.

Kenapa tidak diberikan sahaja kepada pertubuhan ini untuk mengendalikan panggilan khidmat pelanggan tersebut, pertubuhan ini juga diyakini amat mampu untuk menjalankan amanah yang diberi.

Sangkakala dengar juga, pertubuhan ini ada memberikan latihan khusus kepada pegawai-pegawai Khidmat Pelanggan ini cara-cara untuk mengawal situasi dan cara-cara untuk menjawab panggilan telefon secara berhemah seperti kehendak Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Kerajaan perlu fikirkan semula kewujudan 1MOCC ini sebelum ada rungutan daripada rakyat jelata, ingat!! Kerajaan dipilih untuk memberikan keselesaan, tapi janganlah setuasi sebaliknya yang berlaku.


psstt..tutup jelah sebelum ada masalah..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 ulasan:

  1. Salam. memang betul apa yg sangkakala tulis tu. 1MOCC ni banyak susah dari senang. kami semua sebagai customer service officer akan ditukarkan bekerja di cyberjaya secara berperingkat semata-mata untuk menjayakan 1MOCC ni. PM kita tak fikir ke kalau org tu dah beli rumah di tempat sekarang, terpaksa berjauhan dgn suami/isteri & anak, berjauhan dgn ibu bapa? duit minyak dan duit tol untuk kami ulang-alik pergi ke cyberjaya setiap hari, siapa nak tolong cover? silap haribulan kena pindah ke cyberjaya pulak. kos pindah, kos cari rumah, semua nak menggunakan duit tu. fikir-fikirkanlah...

    BalasPadam
  2. Benda yg paling menyesakkan kepala

    BalasPadam
  3. btl!!sye yg masih dlm cuti bersalin juge tida setuju same skali,sye juga salah seorg customer service officer yg akn bertukar ke sne.kenape tidak di ambil shje pengambilan baru dan biarkn org2 lme stay di kementerian masing2???dgr nt ade shift...if ade anak kecik nk bwk office lh???bangang!!cuti pn xde on weekend da.baik sye x keje ngn kerajaan dlu if twu jdi cmni..org nk keje ngn kerejaan sbb byk kemudahan ni lgi menyusahkn!!!!

    BalasPadam
  4. Saya pun customer service officer jugak. serabut kepala ni bila fikir pasal 1mocc. saya dah apply pertukaran balik ke kampung. mak saya ibu tunggal, dah berumur dan selalu tak sihat. tapi dgn 1mocc ni, macam terkubur je harapan saya yg nak bertukar ni.. sedih laa..

    BalasPadam
  5. keje bengong...menyusah kn...xde kebajikan untuk pekerja....

    BalasPadam