Kita acap kali didendangkan dengan penarikan diri oleh pemimpin dari UMNO dan mereka beralih arah ke pada PAS PKR mahupun DAP.
Kenapa perkara ini terjadi? Adakah mereka benar benar tidak mahu lagi menyokong kerajaan atau adakah benar seperti yang mereka katakan tentang Barisan Nasional yang mana selama ini disokong penuh oleh mereka?
Sangkakala meneliti senario ini secara mendalam dan ada juga bertanya kepada orang orang lama yang sudah masak atau matang dengan politik pemimpin seusia mereka ini.
Jawapan yang Sangkakala terima dari orang orang lama ini semua lebih kurang sama dan bagi Sangkakala ianya ada kebenaran.
Seorang bekas pemimpin peringkat cawangan yang Sangkakala temui berkata bahawa pemimpin pemimpin parti yang seusia dengan beliau sebenarnya bukanlah marah atau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan selama ini.
Menurut beliau ini semua adalah kerana pemilihan calon pada masa akan datang (PRU 13).
Perdana Menteri telah mengeluarkan garis panduan untuk menentukan seseorang calon bagi satu satu kawasan dan Barisan Nasional telah meletakkan satu garis panduan bahawa calon calon ADUN atau Ahli Parlimen mestilah dikalangan calon yang mampu menang.
Jadi oleh yang demikian, beliau melihat bahawa senario lompat parti ahli parlimen Barisan Nasional atau ADUN ini adalah disebabkan beberapa faktor.
Faktor yang pertama adalah dari sudut umur, yang mana pemimpin pemimpin ini sudah pun memegang jawatan melebihi dua penggal sebagai ahli parlimen atau ADUN jadi mereka merasakan harapan untuk mereka dipilih semula untuk menjadi calon amat tipis.
Faktor kedua pula ialah, mereka mereka ini dikenal pasti tidak menjalankan tugas seperti yang di amanahkan oleh rakyat dan kerajaan, ini juga membawa kepada mereka tidak akan dipilih sebagai calon pada PRU akan datang.
Faktor ketiga pula ialah pengundi, pengundi pengundi pada hari ini terdiri daripada anak anak muda yang mahukan pemimpin yang lebih kurang seusia atau yang tahu akan kehendak generasi muda masa kini. Dan ini juga akan memabawa kepada nereka tidak akan disenaraikan sebagai ahli parlimen atau ADUN nanti.
Jadi untuk menjaga karier politik masing masing, pemimpin pemimpin ini mengambil jalan singkat dengan meyertai parti pembangkang dengan harapan supaya mereka akan dipilih sebagai ahli parlimen atau ADUN bagi mewakili parti yang mereka sertai dengan alasan meraka lebih berpengalaman.
Tapi Sangkakala tertanya tanya, adakah mereka ini mampu untuk menang sebagai ahli parlimen atau ADUN dengan senario bahawa pengundi hari inj adalah pengundi muda yang mahukan calon calon dari kalangan orang muda yang memahami kehendak mereka.
Jadi Sangkakala mengucapkan selamat menempuhi cabaran yang lebih besar nanti kepada pemimpin pemimpin kerajaan yang telah melencongkan diri kepada pembangkang.
Anak muda hari ini amat bijak dan mereka pasti akan memilih pemimpin daripada kerajaan sedia ada kerana mereka melihat bahawa hanya kerajaan ini yang mampu membela nasib mereka.
Bagi mereka mereka yang gagal menjalankan tanggungjawab pula sudah pasti akan menunding jari mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional ini tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
Adakah mereka lupa bahawa mereka adalah wakil kepada rakyat dikawasan mereka sendiri? Jika mereka benar benar memperjuangkan hak rakyat dikawasan mereka sudah pasti kerajaan akan meneliti setiap keperluan dikawasan tersebut.
Namun Sangkakala percaya bahawa ini tidak dilakukan oleh merka hinggakan kerajaan terlepas pandang pada kawasan kawasan tersebut dan meraka akan menunding jari kepada kerajaan.
Jadi adakah pemimpin pemimpin seperti ini yang kita mahukan? Cuba menegakkan benang yang basah, tidak mahu menerima kenyataan bahawa mereka sudah lama, sudah berumur dan tidak bertanggung jawab sebagai pemimpin kita.
Barisan Nasional pasti akan memilih pemimpin dari golongan muda untuk meneruskan perjuangan kerajaan dalam membaik pulih nasib orang muda dan Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa ini hanya mampu dilakukan oleh Barisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan