Rabu, 31 Oktober 2012

BURUK BAIK AES

Automated Enforcement System (AES) yang hangat diperkatakan di mana mana sahaja kini sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukan walaupun ada pihak yang memandang bahawa lebih banyak ke arah keburukan.

Pembangkang misalnya mengatakan bahawa AES adalah satu keburukan dengan mengatakan bahawa ianya memberi keuntungan kepada syarikat pemegang konsesi AES yang dikatakan bernilai ratusan juta ringgit.

Namun bagi pihak kerajaan pula, AES dilihat adalah untuk mendidik pemandu yang dikatakan tidak menghiraukan undang undang dan keselamatan dijalan raya.

Bagi rakyat pula, ada yang bersetuju supaya AES dipasang di jalan jalan dan lebuhraya di Malaysia, namun ada juga yang merasakan kamera ini akan menyusahkan pengguna jalan raya yang akan berhadapan dengan tindakan akta keselamatan jalanraya secara automatik.

Bagi Sangkakala pula, kebaikan AES ini dapat dilihat dengan cara penguatkuasaan undang undang terhadap pesalah lalulintas secara automatik.

Namun kita dapat melihat, ada beberapa keburukan dengan penggunaan kamera AES.

Antara keburukan yang dapat dilihat adalah seperti had kelajuan disatu satu kawasan yang dipasang dengan kamera AES. Kerajaan tidak sepatutnya memberi tahu di mana kawasan kamera ini dipasang kerana pemandu akan mengikut had laju yang di tetapkan ketika melintasi kamera ini dan selepas melepasi kamera tersebut, sudah pasti pemandu yang tidak bertanggung jawab ini akan memecut semula kenderaan mereka.

Adakah kerajaan mampu untuk memasang di setiap kilometer jalan dengan satu kamera? Sudah tentu kerajaan tidak akan membazirkan duit sebegitu.

Keburukan lain yang dapat dilihat pula ialah, jika kenderaan tersebut adalah kenderaan curi atau penjenayah menggunakan nombor plat kenderaan lain, adakah pemilik kenderaan yang sah akan menerima padah dengan penggunaan AES ini?

Kita semua berharap agar kerajaan mengkaji semula penggunaan AES ini sebaik mungkin, kena kaji keburukan serta kebaikan dan jika perlu lakukan penambahbaikan dan bukan terus digunapakai apabila ada syarikat menghantar proposal yang hanya akan menunjukkan kebaikan sistem ini namun keburukan dan kelemahan sistem tidak akan ditonjolkan sama sekali.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan