Khamis, 30 Ogos 2012

NURUL IZZAH LUPA SIAPA YANG GANAS

Sangkakala terbaca dalam Malaysiakini yang menyatakan bahawa pemimpin pembangkang, Nurul Izzah menyerahkan memorandom anti keganasan politik kepada KDN.

Sangkakala rasa Nurul Izzah mungkin lupa siapa sebenarnya yang ganas.

Selepas pilihanraya umum ke 12 contohnya, beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang dan dalam masa sama kita melihat betapa ganasnya pembangkang dalam cuba untuk merampas segala yang ada semasa dalam pemerintahan Barisan Nasional.

Sangkakala masih ingat lagi kejadian di Perak satu masa dulu (selepas PRU 12), selepas pembangkang mendapat tahu bahawa mereka menang kerusi DUN Perak dan seterusnya boleh menubuhkan kerajaan, ramai ketua kampung yang dilantik semasa kerajaan BN telah diserbu oleh pengikut-pengikut parti pembangkang yang meminta supaya dewan orang ramai dan sebagainya diserahkan kepada mereka.

Ini tidak saja terjadi di Perak, malah ianya turut berlaku di beberapa buah negeri yang dimenangi oleh pembangkang, bukankah itu juga satu keganasan?

Di Selangor pula contohnya, sebuah tadika KEMAS telah ditutup oleh pembangkang hingga menyukarkan kanak-kanak yang diletakkan disitu untuk memasuki premis tersebut. Itu juga satu bentuk keganasan bukan?

Ini belum termasuk lagi dengan himpunan BERSIH 3.0 yang mengakibatkan beberapa orang telah tercedera dan kerosakan harta benda awam, adakah itu tidak ganas?

Jadi jika pembangkang mengatakan mereka menghantar memorandom anti keganasan tersebut, Sangkakala menasihati Nurul Izzah supaya melihat semula kepada perkara-perkara yang Sangkakala katakan tadi.

Pembangkang hanya tahu untuk menuduh kerajaan atau ahli parti kerajaan BN melakukan keganasan sedangkan keganasan yang dilakukan oleh pembangkang adalah lebih ketara, dan dakwaan yang di lakukan oleh mereka terhadap UMNO dan paryi komponen BN tidak menampakkan bahawa ianya adalah benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan