Khamis, 2 Ogos 2012

AKTA BAFIA PERLU DIKUATKUASAKAN SECARA OPTIMUM

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang didakwa baru-baru ini kerana mendedahkan akaun NFCorp adalah satu tindakan wajar oleh Bank Negara Malaysia bagi membuktikan bahawa negara ini memandang serius dengan kesalahan di bawah akta undang-undang BAFIA.

Ini kerana jika kita melihat di kemudian hari, syarikat daripada luar negara akan merasa lebih selamat untuk melabur di dalam negara dengan keyakinan bahawa semua maklumat sulit perbankan mereka di negara ini terjamin.

Jika akta ini tidak diambil serius, maka pelabur-pelabur ini kemungkinan nanti akan merasa kurang selesa apabila semua maklumat kewangan mereka boleh didedahkan dan ianya juga akan mengundang bahaya dari segi keselamatan pemilik syarikat.

Apa yang Sangkakala lihat, akta ini perlu dijalankan secara optimum bagi menjamin pelabur-pelabur asing mempunyai keyakinan di Malaysia.

Walau apa juga alasan yang diberikan oleh sesetengah pihak yang megatakan bahawa Rafizi mendedahkan kebenaran dan sebagainya, ianya perlu dilihat dari sudut lain dimana banyak kaedah untuk Rafizi membuat pendedahan atau sebagainya, tetapi bukan dengan mempamerkan atau mendedahkannya kepada umum.

Di luar negara contohnya, akta BAFIA dianggap satu akta keselamatan untuk para peniaga dan pelabur yang berniaga serta melabur ke negara mereka.

Demi untuk memajukan ekonomi negara melalui pelaburan dari luar, akta ini perlu dikuatkuasakan dan tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang mendedahkan akaun-akaun milikan orang lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan