Ahad, 22 Julai 2012

UMNO DAH SAHUT PAS BILA LAGI


Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu sedia disiasat berhubung dakwaan parti itu diresapi gerakan komunis seperti yang ditimbulkan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Kita terbuka. Kita tiada kekebalan dari segi kedudukan parti, apatah lagi badan-badan NGO untuk tidak disiasat sekiranya ada unsur atau berita yang mengatakan sesuatu yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Tidak ada kekebalan kepada mana-mana pihak pun.

"Siasat tak siasat itu yang penting tapi mestilah perlu ada fakta," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media di Bangsar hari ini.

Katanya, isu komunis di dalam sesebuah parti tidak harus dipandang remeh dan diketepikan.

"Siapa komunis, siapa tak ini biarlah pihak yang berautoriti tentukan. Saya ingat, pihak berkuasa perlu meneliti secara mendalam sama ada ia ada dalam sesebuah parti itu berlaku atau tidak.

"Tapi jangan anggap ia perkara kecil atau yang harus diketepikan. Sekiranya mengenai keselamatan, ada keperluan mereka untuk menyiasat lebih lanjut," kata Shafie.

Laman Harakahdaily semalam dalam laporannya memetik kenyataan Mahfuz yang mendakwa Umno telah diresapi komunis.

"Malah yang meyakinkan rakyat bahawa Umno diresapi komunis ialah Umno sendiri dan sebab itulah saya percaya masih ada saki baki komunis di dalam Umno hasil perkaderan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan," katanya seperti dipetik.

Mahfuz mengulas dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah dan komunis masing-masing telah menyusup ke dalam PAS dan DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan