Kerajaan Selangor terus didedahkan dengan skandal penyelewengan wang kerajaan denga cara pemberian tender kerajaan yang bernilai jutaan ringgit tanpa melalui tender terbuka.
Kerajaan Selangor hari ini didedahkan pula dengan pemberian projek tanpa melalui tender terbuka bernilai RM 2 juta kepada beberapa buah syarikat untuk membekalkan hamper sejak tahun 2009.
Agihan percuma hamper kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik semasa Hari Raya dan Deepavali dibuat atas daya usaha dan
kendallian jawatankuasa kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin Selangor, yang dipengerusikan oleh Exco Dr Xavier Jayakumar.
Sumber-sumber yang dalam kerajaan Selangor memberitahu bahawa tender hamper yang diberikan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing bernilai RM490,000; RM150,000 dan RM1.44 juta.
"Mereka diberikan melalui rundingan terus," kata sumber yang ada akses kepada dokumen-dokumen rasmi untuk menyokong dakwaannya itu.
Ini adalah bukti sebenar dimana kerajaan Selangor tidak telus didalam pemberian projek kerajaan dan mungkin syarikat-syarikat yang diberikan projek tersebut mempunyai kepentingan dengan kerajaan negeri atau pemimpin di negeri tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan