Jumaat, 1 Jun 2012

SURUHANJAYA DITUBUH PEMBANGKANG TERDIAM

Semalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden kemalangan semasa sesi ujian perlumbaan drag sempena sambutan Hari Belia Negara baru-baru ini.
    
Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jawatankuasa itu akan turut dianggotai wakil Persatuan Permotoran Malaysia.
    
"Perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan Kabinet semalam jadi sehingga hasil siasatan dikeluarkan, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita semalam.
  
Beliau melawat untuk kali kedua tiga mangsa kejadian itu yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
    
Dalam kejadian 27 Mei lepas, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara itu terbabas semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula.
    
Ahmad Shabery berkata kementerian bersedia mengambil segala tanggungjawab walaupun banyak langkah keselamatan telah diambil termasuk penyediaan ambulans.    

Ditanya mengenai pampasan yang akan diberikan, beliau berkata soal itu tidak timbul kerana tiada pihak bersalah dalam kejadian itu, bagaimanapun pihaknya serta penganjur perlumbaan akan membantu misalnya untuk kos perubatan serta kos lain yang berkaitan.
    
Sementara itu, katanya, mulai tahun depan Himpunan Jutaan Belia akan dijenamakan menjadi Festival Belia Putrajaya, bertujuan melonjakkan imej perhimpunan itu ke tahap baru.
    
Berhubung teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai penganjuran konsert K-Pop yang disifatkannya sebagai kurang sopan, Ahmad Shabery berkata pihaknya menerima teguran itu dengan positif dan akan memperbaiki kelemahan di masa akan datang.
    
"Saya minta maaf sekiranya ada satu dua perkara dirasakan tidak sesuai, dan pada masa sama, saya hendak menjadikan himpunan itu satu festival yang merangkumi semua aspek, bukan sukan dan hiburan sahaja, tetapi modal insan dan pembangunan intelektual,"

Pihak pembangkang yang selama ini memberikan gambaran buruk tentang Himpunan Jutaan Belia sebagai sesuatu yang gagal serta menggembar-gemburkan sesuatu yang tidak baik ternyata meleset sama sekali.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan