Jumaat, 15 Jun 2012

NIZAR KETAKUTAN PAS JOHOR MAKIN TERTEKAN


Semasa merasmikan sidang DUN negeri Johor semalam, Sultan Johor melahirkan rasa murka baginda terhadap keceluparan Timbalan Pesuruh Jaya PAS negeri Perak yang mempertikaikan pembidaan nombor plate WWW1.

Baginda Sultan bertitah bahawa tindakan Nizar Jamaluddin itu adalah satu penghinaan buat negei Johor serta kedaulatan baginda sebagai Sultan yang memerintah sekalian kawasan jajahan takluk baginda.

Ini telah membuatkan Nizar bertambah risau dan dalam keadaan serba salah hingga membuatkan beliau bertindak menghantar surat untuk mengadap baginda di Istana negeri.

Namun surat itu masih belum menerima sebarang jawapan balas sama ada baginda Sultan berkenan untuk menerima Nizar mengadap atau sebaliknya.

Dalam pada itu, yang menjadi gusar serta gundah gulana kini sudah pastinya PAS negeri Johor yang bercadang-cadang untuk meletakkan Salahuddin Ayub sebagai ADUN di Johor dan sekaligus meletakkan nama beliau sebagai menetri besar sekiranya PAS memenangi kerajaan negeri itu.

Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, itulah terjadi dalam PAS kini, kerana keceluparan mulut longkang Nizar, seluruh hamba rakyat yang kasihkan Sultan Johor kini berang denagn tindakan beliau, apatah lagi Sultan Johor baru-baru ini turun mencemar duli untuk menerima sumpah taat setia anak-anak serta rakyat Johor hingga baginda menitiskan air mata menahan sebak.

PAS perlu ditolak sepenuhnya demi untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara ini, kerana kini kita dapat melihat bahawa PAS hanya menjadi boneka kepada DAP dan PKR hingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat pangkat tetapi bukan memperjuangkan agama seperti yang diwar-warkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan