Jumaat, 1 Jun 2012

HIMPUNAN BELIA NEGARA ANTARA PROGRAM PALING MENARIK DIDUNIA




Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung selama lima hari di PutraJaya bermula dari 23 hingga 27 mei lalu adalah antara program paling menarik didunia. Ini berikutan program ini telah di ishtiharkan sebagai antara sepuluh program terbesar didunia.

Walaupun ada sesetengah pihak cuba untuk memanipulasikan bahawa program ini satu pembaziran dan dengan pelbagai tuduhn lain lagi, namun ianya terbukti dapat mengumpulkan belia dari seluruh pelusuk tanak air tidak mengira bangsa atau agama.

Rata-rata pengunjung yang hadir merasakan program ini adalah yang terbaik di dalam negara dan ianya perlu diteruskan tanpa mengira pendapat segelintir orang yang cuba menghasud rakyat demi kepentingan politik.

Kita telah banyak kali mendengar bahawa ada sesetengah pihak mengatakan bahawa program ini adalah sesuatu yang merugikan, kerana ianya dikatakan menggunakan duit atau wang rakyat.

Persoalannya ialah, adakah belia ini bukan rakyat dan adakah salah jika kerajaan menggunakan wang ini untuk menghargai golongan belia dengan mengdakan program yang begitu baik yang mana ianya telah berjaya mencapai objektif program.

Seramai  2.4 juta orang telah hadir ke program ini dan ianya telah melebihi sasaran 2 juta orang yang hadir. Golongan-golongan yang hadir bukan sahaja dari golongan belia bahkan ianya turut dihadiri oleh golongan pertengahan dan warga emas yang sama-sama menghadirkan diri sempena sambutan hari belia negara.

Ramai pelancong asing juga merasakan bahawa progrm sebegini amat mengagumkan dimana di negara mereka tidak terdapat program yang diadakan di pusat pentadbiran negara untuk para belia atau golongan-golongan lain, ramai diantara mereka merasa kagum dan amat bertuah keran berada di Malaysia semasa himpunan itu berlangsung.

Seperti kata Perdana Menteri, Putrajaya adalah milik belia dan ianya akan digelar sebagai bandar belia selama lima hari program tersebut, jika pada hari-hari lain, semua prasarana di kawasan putrajaya adalah terpelihara dan terjaga namun dalam lima hari sepanjang program berlangsung, para belia ini bebas untuk melakukan apa sahaja selagi tidak melanggar undang-undang negara.

Jadi kepada para pengkritik diharap supaya dapat mengkritik secara profesional, golongan belia ini diberi pengiktirafan oleh kerajaan dan ianya tidak menyalahi undang-undang kerana kerajaan kita sentiasa akan menjada kebajikan setiap rakyat tidak kira mereka berada di golongan mana sekalipun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan