Jumaat, 22 Jun 2012
FAEKAH HUSIN JADI KAMBING HITAM
Kemelut yang melanda Negeri Selangor pada ketika ini dilihat semakin buruk dengan terjadinya pecat memecat dan tolak menolak didalam kepimpinan kerajaan yang di terajui oleh PKR.
Semua ini gara-gara rasa tidak puas hati antara satu sama lian setelah parti itu mendapat mandat dari rakyat dalam menerajui negeri terkaya di Malaysia tersebut.
Apa yang membuatkan mereka jadi begini? Tapi mungkin juga kerana mereka melaungkan bahawa pakatan ketiga-tiga parti PAS DAP dan PKR adalah Pakatan Rakyat dan bukanlah partiyang berpakat sesama mereka.
Dari pada mulanya kita melihat pemecatan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hinggalah kini kita melihat pula Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pula menjadi mangsa.
Adakah Faekah mempunyai masalah dengan sesiapa? Kenapa perlu beliau diminta untuk melepaskan jawatan dan yang paling penting disini, kenapa perlu Azmin Ali yang dikatakan mendesak supaya beliau dibuang.
Semua ini terjadi mungkin kerana kuasa yang dilihat mampu untuk mengubah segala-galanya.
Baru sepenggal PKR memerintah sudah berbagai kejadian berlaku dan yang paling ironiknya ialah ketidakpuasan hati sesama pemimpin dalam PKR dan ini memperlihatkan mereka ingin meenjatuhkan diantara satu sama lain.
Jika parti ini masih lagi memerintah di Selangor, maka kemajuan negeri tidak akan tercapai kerana mereka lebih sibuk dengan percakaran sesama sendiri demi untuk merebut kuasa hingga mereka terlupa atau melupakan pembangunan yang perlu dibuat untuk rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan