Khamis, 14 Jun 2012

DIN PUDU MEREPEK LAGI

Bercakap dalam ceramah di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam tadi, Salahuddin Ayub atau Din pudu dilihat seperti meroyan tak bertempat, macam orang gila akibat kehilangan anak.

Manakan tidak, dalam beliau bercita-cita untuk bertanding di Johor dan dikatakan bakal menjadi Menteri Besar negeri itu, Nizar lambai potong jalan dengan mempertikaikan DYMM Sultan Johor membida nombor plate pendaftaran kenderaan WWW1 baru-baru ini yang membangkitkan rasa murka Sultan serta kemarahan rakyat negeri itu.

Beliau berkata dalam ceramah tersebut bahawa kerajaan Barisan Nasional akan lumpuh jika tiga buah negeri  seperti Johor dapat dirampas oleh Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya nanti.

Adakah Din pudu mimpi di siang hari? mahukah rakyat negeri tersebut menerima pakatan pembangkang setelah apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS dalam laman twitternya baru-baru ini?

Seperti biasa, pembangkang akan mnegatakan bahawa kenytaan tersebut adalah pendangan peribadi Nizar lambai, seolah-olah mereka ini tidak mengendahkan atau bertanggung jawab dengan apa yang diperkatakan oleh kepimpinan mereka sendiri.

Adakah ini parti yang akan membawa kepada kebaikan untuk negeri Johor? Din pudu juga tidak berkata apa-apa seolah-olah mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Nizar terhadap Sultan Johor baru -baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan