Jumaat, 29 Jun 2012

AWANG ADEK DIPERSOAL ANWAR BAGAIMANA PULA





Setiusaha Agung PKR, Saifudin Nasution memang terkenal dengan kenyataan untuk mengalihkan pandangan rakyat dalam menutup segala kesalahan dan perilaku kepimpinan dalam PKR serta Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataan terbaru beliau menerusi portal Malaysiakini, beliau mempertikaikan tentang Datuk Dr Awang Adek berkenaan hubungan beliau dengan sebuah syarikat yang dikatakan mencetak wang kertas RM 2 semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara pada tahun 1996 hingga 2001.

Kenapa Saifudin mempertikaikan Awang Adek sedangkan pada tenpoh masa yang sama juga Anwar serta Azmin dikatakan mempunyai beberapa kes termasuk dengan wang berjumlah RM 3 Billion yang didakwa dilarikan oleh Anwar dan pemilikan saham serta wang tunai milik Azmin Ali.

Ini semua adalah untuk mengalih pandangan rakyat tentang apa yang disebut selama ini, tambahan pula wang berkenaan RM 3 billion yang didakwa ditransaksikan oleh Anwar kedalam 20 akaun dan ianya didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara.

Adakah Saifudin kini sedang cuba menyelamatkan kedua-dua orang penting dalam PKR tersebut dari terus dipersalahkan oleh rakyat setelah mendapat tahu tentang kegiatan yang dilakukan oleh mereka sepanjang mereka memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional.

Anwar dan Azmin kini sedang didalam siasatan untuk semua kes salah laku mereka dan Saifudin sekali lagi tampil untuk mengalih perhatian. Harapan Sangkakala supaya kerajaan menjalankan siasatan secara terperinci tentang kes-kes ini dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan