Selasa, 8 Mei 2012

PTPTN DIMINTA MANSUH YURAN KUIN TERUS NAIK SIAPA LEBIH KEJAM

Dalam sibuk-sibuk Pakatan Rakyat memanipulasi kepala para Mahasiswa untuk turun berdemo di Dataran Merdeka baru-baru ini, Kolej Universiti Insaniah terus menaikan yuran pengajian bagi pelajar baru akan datang.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini demikian seperti dilaporkan dalam Malaysiakini.

Jadi apa yang dilaporkan bahawa tindakan Mahasiswa yang berjuang untuk menghapuskan PTPTN itu adalah perjuangan kerana mereka merasakan mereka tertindas dengan PTPTN adalah tidak tepat berikutan dengan kenyataan kerajaan negeri Kedah.

Ternyata apa yang diperkatakan oleh pembangkang adalah hanya untuk membawa mahasiswa ini ke kancah politik kotor yang dicipta oleh Pembangkang.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan KUIN sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain, Mahdzir  berkata KUIN akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.
Wah!! ini kenaikan  yang amat drastik hingga melebihi dari seratus peratus kenaikan dari bayaran asal yuran pembelajaran.

Kerajaan Pakatan Rakyat terus menekan rakyat tetapi menunding jari kearah kerajaan Barisan Nasional yang selama ini begitu banyak membantu pelajar dalam memberi taraf pelajaran yang tinggi.

Apa nak jadi dengan kerajaan depa ni agakanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan