Rabu, 2 Mei 2012

PESERTA BADMINTON PIALA PERDANA KECEWA

Sangkakala mendapat aduan dari peserta kejohanan badminton piala perdana serta pertandingan bowling yang mangatakan bahawa urusetia pertandingan tidak peka dengan jadual perrtandingan yang ada.

Peserta memberitahu bahawa makanan untuk peserta akan disediakan jam 8 malam sedangkan raptai untuk majlis perasmian juga akan diadakan pada masa yang sama.

"Bila kami nak makan dan bila pula nak raptai" itu rungutan yang sangkakala terima dari para peserta.

Untuk pengetahuan, kejohanan ini disertai oleh isteri-isteri Menteri, Timbalan Menteri serta ADUN-ADUN BN dan di adakan di Kuantan Pahang.

Ini memalukan kerajaan negeri Pahang serta Menteri Besar sendiri ni.
Pelik juga Sangkakala dalam hal ni, takkan urusetia tak tau tentatif program kot. Janganlah susahkan peserta sampai mcm tu sekali, betul juga, kalau lepas makan terus raptai, mau ada yang muntah hijau kat situ nanti.

Jadi kepada urusetia, jadilah urusetia yang lebih profesional, sebab yang datang tu dari golongan VIP, malu lah bila ada komplen macam tu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan