Selasa, 22 Mei 2012

PENGANIAYA SAIFUL DIKENAL PASTI

Hari ini semua mata tertumpu kepada kes yang melibatkan Anwar Ibrahim, Azmin Ali serta Chegu Bard di mahkamah yang didakwa mengakibatkan rusuhan pada 28 april lalu di Kuala Lumpur.

Namun itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah menjadi lumrah ketua pembangkang bersama-sama pemimpin PKR diseret ke mahkamah kerana kegilaan mereka dalam merebut kuasa.

Apa yang mengejutkan sebenarnya hari ini ialah kehadiran bekas Pendakwaraya kes Anwar Ibrahim yang dikatakan meliwat Saiful Bukhari satu ketika dulu yang begitu hangat diperkatakan dan akhirnya kita melihat Anwar dibebaskan serta Saiful tidak mendapat pembelaan sepenuhnya.

Semua itu terjawab hari ini, apabila ekas ketua pendakwa kes tersebut, Mohd Yusof Zainal Abiden, tampil dan bertindak sebagai peguam Anwar dlm kes cetus rusuhan Bershit 3.

Apa makna semua ni? Adakah ketua pendakwa tersebut sengaja untuk mencari jalan bagi membebaskan Anwar dalam kes liwat Saiful?

Sangkakala seperti dapat merasakan ada udang disebalik batu yang mana satu ketika dulu saiful dikatakan berhubungan dengan salah seorang pendakwa kes tersebut di mahkamah dan beliau digugurkan dari menjadi pendakwa bagi kes tersebut.

Kesian Saiful, anak muda ini teraniaya oleh orang yang dipercayai dapat memberi pengadilan kepada beliau akhirnya didapati sebagai dalang dalam proses membebaskan Anwar Ibrahim.

Berapa agaknya Anwar bayar pada bekas ketua pendakwa ni agaknya?

Walau bagaimanapun, apa juga yang terjadi, pengikut-pengikut fanatik pembangkang tetap akan menyalahkan Barisan Nasional dalam setiap apa juga kesalahan yang dialkukan oleh pemimpin mereka.

Tapi ingat, Saiful juga sekarang dikatakan sedang bersiap-sedia dalam mendapatkan keadilan untuknya. Teruskan Saiful, kita dah nampak siapa kacang hantu dalam mahkamah dulu, lepas ni Saiful perlu lebih berhati-hati dalam membuat pilihan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 ulasan:

  1. nampak sgt ko ni buta undang2. pendakwaraya tu kerajaan yg lantik. ntah apa kena mengena saiful kena hati2 sapa pendakwa kes dia???? bodoh betul. sia2 je dpt dosa membunuh sbb fitnah org!

    BalasPadam
  2. nampak sgt ko ni buta undang2. pendakwaraya tu kerajaan yg lantik. ntah apa kena mengena saiful kena hati2 sapa pendakwa kes dia???? bodoh betul. sia2 je dpt dosa membunuh sbb fitnah org!

    BalasPadam