Dalam kenyataan Timbalan Presiden PAS didalam Harakahdaily semalam jelas melihatkan bahawa parti pembangkang kini dalam dilema apa bila semua media tentang keganasa peserta himpunan pada hari tersebut.
Mat Sabu mengatakan bahawa selagi media melaporkan bahawa keganasan berpunca dari polis, maka kemarahan rakyat akan lebih membara.
Bagi Sangkakala pula, kenyataan yang disebutkan oleh Mat Sabu itu tidak lebih dari ayat mengugut supaya media serta orang ramai yang ada di tempat kejadian pada hari tersebut mendiamkan diri dan segala masalah yang dinyalakan oleh peserta himpunan tidak diketahui umum.
Beliau juga berkata dengan tersebarnya gambar-gambar yang menunjukkan betapa kejamnya polis terhadap orang ramai membuatkan rakyat semakin benci kepada kerajaan, Sangkakala menyangkal dakwaan serta tuduhan ini, ini kerana setiap gambar yang di keluarkan oleh pembangkang sudah pasti akan dibalas dengan gambar asli kejadian.
Sebagai contoh, kejadian kenderaan polis yang diterbalikkan di SOGO, dalam kejadian tersebut, pemandu kenderaan telah diserang oleh perusuh-perusuh hingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius di kepala, dan kenderaan tersebut hilang kawalan apabila beliau dalam keadaan separuh sedar setelah kepala beliau terkena batu yang dilempar oleh perusuh dan dakwaan mengatakan ada mangsa di bawah kenderaan itu adalah tidak benar sama-sekali.
Bagai mana Mat Sabu juga mengatakan bahawa, dengan permohonan maaf Ketua Polis Negara jelas menunjukkan bahawa pihak polis bersalah dalam hal ini, agaknya Mat Sabu lupa dalam sidang media di Pejabat PKR, seorang pemuda cina yang merupakan ahli PKR telah menempelak Anwar Ibrahim dihadapan berpuluh-puluh orang wartawan, dan pemuda ini telah diseret keluar oleh pengikut PKR sendiri dan ada cubaan memukul beliau di luar bilik persidangan.
Pembangkang kini kehabisan modal serta isu untuk dibangkitkan berkenaan isu BERSIH, rakyat kini dapat menilai bahawa mereka (pembangkang) ini sememangnya pengganas dan akan mengganas dengan lebih ganas lagi jika mereka memerintah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Cuba teliti semua kejadian yg berlaku sejak dari bersih 1.0... Tak pernah sekali pun mereka kata mereka bersalah! Aku takkan menyokong parti yg mencetuskan huru hara negaraku ini. Sgt bodoh kalau ada rakyat yg menyokong tindakan menghuru harakan negara sendiri.
BalasPadamlebih menyedihkan kita kebanyakan peserta bersih yg membuat huru hara tercetus adalah org2 melayu dan islam...kemanakah sikap sopan yg ada dlm diri masing2..tidakkah pernah mereka bersyukur dgn keamanan yg ada di bumi bertuah ini???
BalasPadam