Selasa, 8 Mei 2012

MALANG LAGI MELANDA MAK TOM IBU KEPADA AZMIN


Setelah Mak Tom keluar didalam Buletin Utama dua tiga hari lepas dengan harapan untuk menginsafkan anak lelakinya yang bernama Azmin, malang sekali lagi menimpa ibu tua ini apa bila di maki dan di hina oleh seorang lagi anak lelaki beliau.

Anak lelaki yang Sangkakala sebutkan disini ialah Azwan Haji Ali yang secara terbuka mengatakan ibunya itu seorang barua di dalam laman twitter milik beliau baru-baru ini. Dalam cacian di laman sosial itu, Azwan telah di kutuk oleh orang ramai yang mengaggap bahawa beliau juga adalah anak derhaka.

Azwan yang sebelum ini dikatakan bermusuh dengan Ummi Hafilda  yang kini sedang giat memberi ceramah agar rakyat tahu siapa Azmin serta Anwar telah melakukan ibadah Umrah dan sepatutnya dalam keadaan sekarang beliau diharapkan dapat menenangkan ibu nya itu. Azwan juga sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada Ummi dan berharap agar perkara yang lepas dibairkan berlalu begitu sahaja tanpa ada rasa dendam tambahan pula mereka adalah adih beradik.

Tapi apa yang telah terjadi kini? Kenapa Azwan sanggup memaki ibu tua itu? Apakah ibadah Umrah Azwan diterima jika itu perlakukan yang dilakukan terhadap ibunya sendiri? Kenapa Azmin yang di sebut tapi Azwan pula yang melompat? Setelah diselidiki, barulah Sangkakala teringat satu kenyataan Azwan juga di dalam akaun twitter milik beliau yang menyatakan bahawa beliau amat berharap agar Azmin menjadi Menteri Besar Selangor pada masa akan datang untuk menggantikan Khalid Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khalid GAGAP.

Kisah ini pasti amat memilukan bagi seorang ibu yang mengharapkan supaya di akhir-akhir usia, Mak Tom sudah pastinya berkeinginan untuk berada disampin anak-anak, bukannya mendapat makian serta hinaan sedemikian rupa.

Sangkakala harap agar Mak Tom bersabar dengan tingkah laku anak-anaknya itu, ingatlah Allah itu maha mengetahui dan hukuman pada zaman sekarang tidak perlu tunggu masuk ke liang lahad, di atas dunia kita sudah dapat melihat akan musibah yang bakal melanda mereka..wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan