Selasa, 24 April 2012
SYABAS DBKL KERANA MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN
Kegiatan Mahasiswa yang berkhemah di dataran Merdeka sejak 10 hari lalu dilihat seperti anak-anak muda gelandangan yang tidak mempunyai rumah kediaman serta tidak mempunyai ibu bapa yang perlu dibela di masa hadapan.
Dengan melakukan demo serta bantahan yang hanya direka oleh pihak pembangkang, sudah pastilah ianya akan mencemarkan imej para siswazah ini yang bakal mentadbir negara pada satu masa nanti insyaallah.
Tetapi pada hari ini mereka seolah-olah orang yang hilang pertimbangan dan sudah mengalami kegelapan masa depan dengan cara membuat bantahan yang tidak masuk akal oleh sesiapa juga.
Kerajaan sudah mengatakan bahawa PTPTN yang dikatakan kononnya membawa beban kepada pelajar-pelajar tidak akan di mansuhkan malah ianya akan diteruskan dimasa akan datang demi untuk memberi bantuan kepada anak-anak muda melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Untuk mengekang kegiatan ini dari berlanjutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.
Mungkin pelajar-pelajar yang ada di kawasan tersebut marah, tetapi kita perlu juga melihat dari sudut pandangan orang ramai yang mengatakan tindakan segelintir anak-anak muda ini kurang disenangi oleh pengunjung di Dataran Merdeka dan dalam erti kata lain, mereka ini dilihat seperti peminta sedekah yang tidak mempunyai rumah kediaman serta keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan