Sama ada benar atau tidak masih lagi belum dipastikan, tapi apa yang Sangkakala dengar kejadian ini memang berlaku.
Seorang pengarah program dikatakan menipu pemimpin beberapa buah negeri dengan mengatakan dirinya bergelar Dato'. Ini semua kerana beliau ingin mengadakan program untuk negeri-negeri tersebut.
Betul ke? Jika betul, ini adalah kes berat yang perlu diambil serius, tapi yang Sangkakala tau orang yang dimaksudkan memang tidak pernah diberikan darjah atau bintang yang membawa gelaran Dato'.
Perkara ini perlu diambil serius kerana ianya boleh dikira sebagai penipuan identiti membabitkan pingat atau bintang atau darjah kebesaran. Harap-harap ada mana-mana pemimpin yang boleh untuk memastikan agar perkara ini tidak berulang. Dengar khabar juga program terkini beliau akan dijalankan di negeri Perak.
Sangkakala harap agar orang yang suka menggunakan gelaran tersebut menghentikan sikap yang sebegitu, tak guna menipu identiti, tunjukkan yang kita mampu untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Terkadang begitulah perkara yg terjadi yang selalunya kita terlepas pandang..kerana sikap suka mengikut tanpa usul periksa membuatkan kita mudah percaya hingga akhirnya memakan diri sendiri..kepada pihak atasan,mohon selidik dahulu sebelum dikudakan...
BalasPadamPemimpin mana ni..program apa? Tolonglah jangan dikeruhkan keadaan..program apa di Perak?
BalasPadamJadi tanda tanya pulak dekat teman,program apa pulak nie..ada program x hebahkan ker..konpius gak nie..dia menipu sbb apa,ada masyuk???????
BalasPadam