Isnin, 9 April 2012

PAKATAN HARAM HANYA MAINKAN PELAJAR TENTANG PTPTN

Sangkakala sudah dua hari tidak menulis, tapi malam ni Sangkakala terpanggil semula kerana malam ni terbaca satu artikel dalam harakahdaily.

Menarik pulak artikel ni sebab ianya melibatkan PTPTN yang dicanang akan dihapuskan oleh Pakatan Haram jika berjaya menakluki PutraJaya dalam PRU13.

Apa yang emnarik minta Sangkakala kali ini ialah, Datuk Husam Musa menyatakan dalam harakahdaily bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan pemansuhan PTPTN jika berjaya menjadi kerajaan. Ini adalah ayat yang dikeluarkan oleh Husam didalam harakahdaily.

"Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa."

Bagai mana perkara ini boleh terjadi? Sedangkan Anwar ibrahim sendiri mengatakan bahawa sekiranya PR berjaya ke PutraJaya maka PTPTN akan dimansuhkan serta-merta.

Jelas apa yang diperkatakan oleh mereka (PR) tidak konsisten dan tiada hala tuju. Mereka hanya ingin mempermainkan pelajar-pelajar yang kurang cerdik ini untuk bersama-sama mereka dalam menetang kerajaan.

Seperti kata YB D.Seri Nizar semasa menjadi Menteri Besar Perak apabila ditanya oleh YB Datuk Seri Tajol Rosli tentang negara islam yang dicanang oleh PAS satu masa dulu, Nizar sendiri menafikan perkara itu didalam sidang DUN Perak dengan mengatakan dalam transkrip mana yang ada menyebut bahawa Pas akan membawa negara Islam.

Ini juga yang akan dilakukan oleh Pakatan Haram terhadap pelajar-pelajar dan bekas-bekas pelajar ini. Mereka (Pakatan Haram) akan mengatakan bahawa mereka tidak pernah berjanji sedemikian dan hutang PTPTN tetap akan dibayar oleh pelajar-pelajar ini.

Dan mungkin juga setiap seorang pelajar akan membayar PTPTN tidak mengira keputusan yang mereka perolehi sama ada cemerlang atau tidak.

Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini menetapkan bahawa setiap pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak perlu membayar semula PTPTN dan bayaran balik ini hanya dikenakan terhadap mereka yang gagal.

Sistem ini sepatutnya difikirkan adil seadil-adilnya oleh pelajar kerana jika seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak perlu membayar hutang dan pelajar yang tidak cemerlang juga tidak perlu membayar pinjaman tersebut maka ianya tidak adil kepada pelajar yang telah bertungkus lumus dalam memastikan mereka berjaya.

Kerajaan menetapkan supaya PTPTN ini ditukar kepada biasiswa bagi mereka yang cemerlang dalam pelajaran adalah merupakan hadiah kerajaan terhadap mereka yang belajar bersungguh-sungguh hingga memperolehi kejayaan.

Tetapi jika semua pelajar tidak perlu membayar balik pinjaman tersebut, apa beza antara yang belajar bersungguh-sungguh dengan mereka yang hanya main-main dalam pembelajaran?

Sangkakala perhatikan ada sesetengah pelajar yang memperolehi pinjaman PTPTN tidak membelanjakan wang pinjaman mereka untuk pelajaran, tetapi wang tersebut dihabiskan dengan membeli handphone dan sebagainya atau dalam kata lainnya mereka membelanjakan wang tersebut kearah yang bertentangan.

Adakah ini satu bentuk keadilan kepada pelajar-pelajar yang membelanjakan wang pinjaman mereka kearah pelajaran yang sempurna?

Kepada adik-adik yang masih lagi belajar, Sangkakala menyeru, supaya kita semua jangan terpedaya dengan dakyah pembohongan Pakatan Haram.

Jangan sampaiu kita merasakan bahawa jika kita tidak melakukan kesilapan satu masa dulu, makan kejadian pada hari ini takkan terjadi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan