Ahad, 29 April 2012
BUKTI HADI AWANG MENYOKONG KEGANASAN
Dalam Harakah Daily hari ini telah terbukti bahawa Presiden PAS, Datuk Haji Hadi Awang adalah penyokong kepada keganasan, ini dapat dibuktikan apabila beliau mengucapkan tahniah kepada perserta-peserta demo semalam kerana mengikut arahan, sila baca disini <klik> .
Apa yang dimaksudkan oleh Hadi Awang "mengikut arahan"? Adakah arahan untuk membuat huru-hara semalam juga adalah arahan dari pihak kepimpinan PAS?
Hadi Awang juga perlu di pertanggungjawabkan dengan insiden semalam yang membabitkan kecederaan beberapa orang anggota keselamatan serta kemusnahan harta awam serta kerajaan.
Hadi Awang nampaknya cuba untuk mengimbau kembali kisah Memali apabila Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya menemui ajal setelah mendengar amanat haji hadi yang mengatakan bahawa menentang kerajaan itu adalah jihad dan jika melibatkan kematian maka kematian itu adalah Syahid.
Setelah lebih 20 tahun, haji Hadi dengan mudah menarik balik amanat tersebut setelah beberapa orang pengikut PAS mati akibat bertempur dengan pihak berkuasa hinggakan mayat ustaz Ibrahim tidak dimandikan kerana percaya bahawa arwah mati syahid.
Kini sekali lagi Haji Hadi menyeru supaya pengikut-pengikut PAS bertempur dengan pasukan keselamatan hingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda.
Haji Hadi juga perlu di dakwa atas perbuatan yang dilakukan olehnya, beliau perlu bertanggungjawab dalam keganasan semalam di Dataran Merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan