Sabtu, 10 Mac 2012
ZURAIDA JIJIK DENGAN LUMPUR
Melihat kepada keadaan mangsa banjir di Ampang kelmarin hati Sangkakala merasa amat sedih dan pilu apa bila kediaman dan peralatan rumah musnah ditenggelami lumpur hampir mencecah 2 meter tinggi.
Ramai dikalangan mangsa keluh dan resah mengenangkan nasib yang menimpa mereka pada malam 7 haribulan itu apa bila air dari sungai berhampiran melimpah mendadak ekoran hujan yang tidak berhenti-henti selama lebih dari 3 jam.
Rata-rata penduduk berkata, mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang rumah memandangkan air serta lumpur naik sekelip mata, kami cuma sempat mencapai dokumen-penting sahaja, itu kata salah seorang mangsa yang sangkakala jumpa di kampung Lembah Jaya Utara.
Dalam pada Sangkakala sibuk mendapatkan maklumat tiba-tiba Sangkakala dihampiri oleh seorang lelaki dan bertanyakan sama ada Sangkakala dari pihak pembangkang atau kerajaan, pelik juga bila di ajukan soalan sebegitu dan Sangkakala terus bertanya kenapa dia bertanya sebegitu kepada Sangkakala? Beliau rupanya ingin memberitahu bahawa rombongan dari UMNO Ampang telah sampai kalau-kalau Sangkakala ingin mengikut rombongan yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Ampang itu.
Sangkakala bertanya lagi sama ada Zuraida Ahli Parlimen Ampang ada datang menjengah atau tidak, beberapa penduduk mengatakan Ahli Parlimen Ampang itu ada datang menjengah, tetapi apa yang mendukacitakan mereka apabila Zuraida hanya ke pusat penempatan sementara sedangkan ramai mangsa sedang sibuk membersihkan lumpur di kawasan dalam dan luar rumah masing-masing.
"kalau datang setakat nak tunjuk muka, tak payah datang pun takpe" itulah kata-kata seorang warga emas yang bersama-sama Sangkakala pada ketika itu. "agaknya dia jijik dengan lumpur" kata jiran beliau yang juga merupakan seorang warga emas. "ini masa dia, pilihanraya nanti masa kita" sambung beliau sambil membersihkan selut yang ada di kaki seluar.
Menurut kedua-dua warga emas ini Zuraida ridak menjengah langsung kedalam kawasan kampung selepas banjir, dan mereka tidak menghantar bantuan untuk membersihkan kawasan kediaman mereka yang teruk di penuhi lumpur.
Mereka juga berkata bahawa PAS ada unit amal tapi kenapa saat-saat begini unit amal tidak dikerah untuk membantu mangsa? Unit amal ke unit apa yang mereka tubuhkan ni? kata mereka dalam keadaan marah.
Kali ni kami akan tumbangkan perempuan tua tak sedar diri tu, itu pula kata pemuda yang berada berhampiran dengan Sangkakala.
Sangkakala terfikir ada juga betulnya apa yang dikatakan oleh kedua-dua orang warga emas tadi, mana unit amal? selalunya kalau berceramah mereka le yang akan kedepan, tapi bila masa-masa macam ni hilang entah kemana. Agaknya unit amal tak dapat elaun kot, itu sebab tak berapa kisah dengan khidmat kemanusiaan begini.
Kepada penduduk Ampang beringatlah bahawa mereka ini hanya melepaskan batuk di tangga, sebelum dapat jawatan semua boleh, lepas dapat jawatan nak pijak lumpur pun jijik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan