Sabtu, 3 Mac 2012

RAZALI IBRAHIM CABAR MAHFUZ

Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Datuk Razali Ibrahim hari ini mencabar Mahfuz Omar mengemukakan bukti atas dakwaan beliau yang mengatakan Kementerian itu membiayai program ceramah bekas EXCO kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang ditemui selepas majlis perasmian Sukan Anak Johor di Universiti Teknologi Malaysia di sini menegaskan dakwaan membabi buta menerusi kenyataan media satu cara politik yang tidak sihat dan bertanggungjawab.

Sekiranya benar ada bukti dakwaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beri peruntukan RM30 juta untuk membiayai program Datuk Dr Hassan Ali tunjukkan dan bukan sekadar buat kenyataan media, demikian gesaan Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

"Itu hanya  dakwaan kalau benar ada bukti beri pada kita dan kita akan lakukan siasatan."

"Kalau ini jadi budaya tiap-tiap hari orang keluar surat khabar mendakwa itu dan ini tak jadi kerja kita", katanya mengulas tuduhan Naib Presiden Pas tersebut.

Mahfuz Omar yang mendakwa satu unit strategik di KBS telah menyediakan sejumlah dana untuk membiayai program Datuk Dr Hassan Ali.

".. ini bukan proses menghakimi mana-mana pihak dengan cara membuat kenyataan akhbar namun begitu dia (Mahfuz) bertanggungungjawab untuk pergi ke mana-mana balai untuk membuat laporan", ujarnya kepada MediaUMNO.

Bagi Sangkakala ini semua mungkin berikutan pergerakan aktif Kementerian Belia dan Sukan dalam memberi sokongan dan dorongan kepada para belia tanah air dan ini juga perkara yang sedang menjadi ketakutan Pakatan Rakyat.

Dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ini, Pakatan Rakyat mungkin berharap undi pengundi muda khususnya belia akan memihak kepada mereka.

Kemeterian Belia dan Sukan pada tahun 2011 telah berjaya mengumpulkan jutaan belia dari seluruh pelusuk negara dalam program Himpunan Sejuta Belia dan pada tahun ini Kementerian telah menukar tajuk program kepada Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung di PutraJaya pada bulan Mei nanti.

Penukaran nama program ini juga dilihat tepat kerana sasaran Kementerian Belia pada tahun lepas melebihi dari apa yang disasarkan. Dan program tahun ini akan menjadi lebih hebat dengan penambahan program dan aktiviti di sekitar kawasan PutraJaya.

Mungkin kerana ini Pakatan Rakyat melihat kebangkitan belia khususnya dalam menyokong pihak kerajaan dimana Perdana Menteri sendiri mengiktiraf peranan belia dalam kemajuan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan