Khamis, 15 Mac 2012

RAFIZI RAMLI BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT

JAMBU JUGA RUPANYA

Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia selalu terdengar tentang pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR iaitu Rafizi Ramli. Tahukah pembaca semua latar belakang Rafizi ni yang sebenarnya?

Para pembaca mungkin tidak menyelidik siapa si Rafizi yang kerjanya hanya mencari invoice dan bil-bil hotel serta catering dimana Perdana Menteri membuat tempahan makan dan sebagainya.

Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa si Rafizi ni seorang manusia tapi ibarat kacang lupakan kulit, atau lebih tepat lagi sebagai orang yang tidak mengenang jasa.

Rafizi ni dilahirkan di Besut Terengganu dan dibesarkan di Kemaman dan Kuala Kangsar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail Kemaman dan kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Pernah di anugerahkan dengan biasiswa PETRONAS sebelum SPM dan pernah juga berkhidmat dengan PETRONAS.

Mari kita lihat kenapa Sangkakala kata dia ibarat kacang lupakan kulit.

Menerima pendidikan awal di sekolah rendah Sultan Ismail di Kemaman, ianya adalah sebuah sekolah yang dibina oleh kerajaan dan disitulah dia mula menimba ilmu, kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar yang di urus tadbir oleh kerajaan dan disitu jugalah dia mendapat pendidikan menengah.

Pernah mendapat biasiswa PETRONAS untuk beliau belajar dan itu sebelum SPM lagi.

Pernah berkerja di PETRONAS dan disitulah dia mencari rezeki.

Cuba para pembaca sekalian fikir, adakah Rafizi belajar di sekolah yang dibina oleh dibina oleh Pakatan Rakyat atau PAS kerana dimasa itu Pakatan Rakyat dan PKR masih belum wujud lagi, jawapannya ialah tidak. Pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, adakah koleh tersebut di biayai oleh PAS atau DAP pada masa itu? Jawapannya juga tidak.

Pernah berkerja dengan PETRONAS, adakah PETRONAS itu diasaskan oleh PAS atau DAP? Jawapannya juga tidak.

Semua yang ada diatas tadi adalah hasil dari usaha Barisan Nasional dari dulu hinggalah kini, dan apabila sudah mempunyai pelajaran dan sudah mampu untuk hidup, maka si Rafizi bertindak menghentam kerajaan seolah-olah langsung tiada budi dan jasa yang ditaburkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada beliau. Ini adalah satu contoh seperti yang dikatakan tadi "kacang lupakan kulit".

Apa yang lebih menyedihkan lagi, rupa-rupanya jawatan Pengarah Strategi dalam PKR itu adalah sama dengan taraf seorang ofisboy atau budak pejabat yang kerjanya hari-hari mencari fail tetapi berbeza pula dengan Rafizi, kerja beliau secara rasminya adalah mencari invoice serta bil-bil dari hotel-hotel serta catering.

4 ulasan:

  1. LAMEST ARTICLE EVER... BARISAN NASIONAL ESTABLISHED PETRONAS UTK MENGGALI MINYAK DI SARAWAK..95% ROYALTY DIAMBIL OLEH FEDERAL DAN DIAGIHKAN KPD KL DAN SEMENANJUNG. KLCC PUTRAJAYA CYBERJAYA NKRA NKRE KORDOR2 SEMUA DUIT MINYAK SARAWAK. SARAWAK DPT BRAPA..? 5% SAJA. CUKUPLAH SARAWAK DI JAJAH SEJAK 1963 OLEH KORANG.KACANG LUPAKAN KULIT KONON..CERMIN MUKA DIRI KORANG DULULA.. LAGI TERUK DARI BRITISH..

    BalasPadam
  2. A-Hiro ko mmg best. Tebal muka aku bila baca artikel ni, takut2 non-Malaysian baca. Malu, siot! sebab ada kera bodoh mcm ni kat Msia & ada hati plak tu nak menulis artikel fitnah murahan mcm ni.

    Tolong skit, akupon blaja kat semua sekolah2, universiti yg dibina hasil drp titik peluh rakyat Msia. 1 sen pun tak pakai duit UMNO, siap kroni dorg mkn duit atas angin lg. Yang aku pelik pencacai mcm kau ni dpt aper selama ni? Flat screen TV drp Shahrizat Al-Kambing? Jgn la jd bodoh mcm rakyat Korea Utara kene tipu pon dok puja lagi pemimpin penyangak tu lagi. Same je la taraf korg ngn dorg sbb korg kata kalau ubah kerajaan tu kacang lupakan kulit. Ramai kacang yg disponsor krjn dah/nak migrate sbb gaji kat Msia ciput. Rafizi pun bole buat kalau dia nak.

    BalasPadam
  3. btol tuh...x semestinya rafizi tu kcang lpakn kulit..dia pn ank mlysia lol!!!klau bgtu,siapa ank2 pmbngkng x leh msuk ipta la??bodo nya!!mesti rafizi dah taw rhsia2 kjahatan umgok!!!dia tu lbih crdik dripd kau bodoh!!!!!aq ttp blakng rafizi,anwar ibrahim,nik aziz!!!

    BalasPadam
  4. Pencacai umno lg bangang mcm ko ni...

    BalasPadam