Kerajaan Selangor nampaknya cuba mengaburi mata rakyat negeri itu dengan mengatakan bahawa mereka turun padang dalam banjir yang melibatkan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang baru-baru ini.
Dalam kejadian banjir tersebut, bantuan yang diberikan oleh Barisan nasional tidak putus-putus bermula daripada malam kejadian lagi. Bilik gerakan yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional dipenuhi dengan barangan sumbangan dari pelbagai pihak berbanding dengan bilik gerakan kerajaan negeri yang dilihat hanya leka membuat kiraan dan bancian pengundi.
Kerajaan Selangor bangga dengan kehadiran sukarelawan mereka yang berjumlah tidak lebih dari 50 orang berbanding dengan Barisan Nasional yang mengerah seluruh kekuatan jentera sukarelawan untuk membantu mangsa yang terlibat.
Apa yang mengecewakan, kerajaan Selangor hanya menghantar bantuan sukarelawan tersebut pada 17 hari bulan iaitu sepuluh hari selepas kejadian yang mengakibatkan kerosakan teruk pada peralatan rumah serta kediaman mangsa-mangsa yang terlibat.
Sangkakala sendiri menyaksikan pada 13 haribulan dimana petugas-petugas bilik gerakan kerajaan negeri telah menghalau mangsa yang masih menumpang di surau Al-Insaniah di kampung tersebut. Adakah ini kebanggaan yang disebut-sebut oleh kerajaan Selangor.
|
MANGSA-MANGSA YANG DIARAHKAN KELUAR DARI
PUSAT PEMINDAHAN OLEH PETUGAS
KERAJAAN NEGERI SELANGOR |
Bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh Barisan Nasional seperti tabung berisi gas memasak, dapur gas, tilam, selimut, barangan makanan kering, air mineral, pakaian, makanan kepada mangsa terlibat, duit zakat yang dihulurkan oleh Bank rakyat dan pelbagai-bagai lagi telah dihantar sejak dari awal kejadian. Tidak kurang juga bantuan yang dihulurkan oleh badan bukan kerajaan seperti Gerakan Belia 4B, Majlis Belia Malaysia dan berberapa NGO lain lagi kepada mangsa.
|
BANTUAN AIR BERSIH KEPADA MANGSA |
|
BANTUAN TILAM DAPUR DAN TABUNG BERISI GAS |
|
SUMBANGAN DARI BANK RAKYAT |
|
SUMBANGAN SELIMUT |
|
MAKANAN KERING |
|
BUKTI PENERIMAAN OLEH MANGSA |
|
TABUNG BERISI GAS YANG DISUMBANGKAN |
|
TILAM UNTUK MANGSA |
|
SUMBANGAN AIR BERSIH DARI
GERAKAN BELIA 4B |
Tidak kurang juga sukarelawan dari badan-badan bukan kerajaan seperti Gerakan Belia 4B Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Unit Bantuan Perubatan KPJ dan beberapa lagi pertubuhan juga terlibat sama dalam membantu membersihkan rumah mangsa sejak dari hari pertama kejadian (selepas air surut).
|
ANTARA SUKARELAWAN DARI GERAKAN BELIA 4B |
|
SUKARELAWAN GB4B MEMBERSIHKAN KEDIAMAN
MANGSA |
|
PERBEZAAN BILIK GERAKAN PR DAN BN |
|
ANTARA SUKARELAWAN GERAKAN BELIA 4B
YANG MULA-MULA MEMBERIKAN BANTUAN
TERMASUK PRESIDEN GB4B |
Barisan Nasional juga telah meminta bantuan dari jabatan kerajaan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat, Tentera Diraja Malaysia, Kementerian kesihatan, FAMA, Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Polis dan lain-lain jabatan turut sama membantu di kawasan kejadian.
|
ANKATAN TENTERA MALAYSIA JUGA TERLIBAT
DALAM MEMBERI BANTUAN |
|
PASUKAN BOMBA TURUT MEMBANTU MEMBERSIHKAN
JALAN KAMPUNG |
Jadi dimana kerajaan Selangor yang mengatakan bahawa mereka menjaga kebajikan rakyat di negeri yang mereka takluki pada PRU12 yang lepas? Jika Pakatan Rakyat mengatakan bahawa bantuan akhir itu sebagai satu kebanggaan bagi meraka, bantuan awal bagaimana pula?
|
ORANG INI PULA ADA DIMANA |
Harapan Sangkakala agar seluruh rakyat Selangor menyedari akan situasi ini dan tidak lagi terpedaya denagn janji-janji yang ditabur oleh Pakatan Rakyat yang hanya menabur janji pada awalnya tetapi hanya akan tiba pada akhirnya.
blog saudara sudah dipaut di laman blog saya. Tapi blog sy takde kt sini. Hehehe... sy follow sekali blog tuan.
BalasPadamSalam perjuangan.
http://sangkakalajari9.blogspot.com
semua yg dijanjikan dulu hanya omong kosong utk meraih undi..bila pangkat darjat dikejar insan yg menderita bertambah derita...resam pembangkang...x sedar untung...negara ni xkan maju dgn ade nya glongan ini...dah jadi cam gini nk sokong lg??UMNO/Bn tetap di hati...DULU,KINI DAN SELAMANYA.....
BalasPadamblogger mana kat atas tu.x perlu paut.kerjanya menghentam jer.lagi2 blogger seangkatan.bodoh,jijik aku tgk.
BalasPadam