Rabu, 14 Mac 2012
MP KOTA RAJA KEHABISAN MODAL
Ahli Parlimen Kota raja menonjolkan bahawa beliau sudah tidak lagi ada isu setempat yang ingin dibawa ke sidang Dewan Rakyat semalam. Ini berikutan beliau telah membawa usul supaya isu NFCorp dibawa ke dalam perbincangan sidang dewan.
Namun begitu Yang DiPertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut dengan mangatakan bahawa kes NFC masih dalam siasatan pihak berkuasa dan ianya tidak perlu dibincangkan didalam dewan.
Cuba kita perhatikan, begitu banyak isu setempat berkenaan dengan pembangunan di kawasan Parlimen Kota Raja tapi kes yang masih didalam sisatan pula yang disibukkan.
Sangkakala nampak bahawa Ahli Parlimen ini tidak peka dengan masalah rakyat serta penduduk Kota Raja tetapi beliau lebih sibuk untuk menjaga tepi kain orang serta masalah yang tidak ada kena mengena dengan kawasan beliau.
Sangkakala juga mendengar sudah begitu banyak rungutan demi rungutan yang di keluarkan oleh penduduk di kawasan Kota Raja namun keluhan tersebut tidak mendapat perhatian dari ahli parlimen tersebut.
Jika Keadaan ini berterusan, Sangkakala dapat merasakan bahawa kemajuan tidak akan dicapai oleh penduduk kawasan Kota Raja kerana ahli parlimen kawasan itu langsung tidak ambil peduli dengan masalah setempat.
Masalah gejala sosial contohnya, langsung tidak diendahkan oleh ahli parlimen tersebut. Masalah jalan-jalan raya yang berlubang-lubang langsung tidak dipedulikan walaupun penduduk sudah berkali-kali merungut dan mengadu kepada beliau.
Ternyata, hanya Barisan Nasional yang mampu untuk membela masyarakat setempat dikawasan itu, kerana apa? Sangkakala mendapat berita bahawa kebanyakan penduduk kini mengadu ke pejabat UMNO Kota Raja bagi mendapat perhatian dan pembelaan.
pssttt..lepas ni kasi tumbang itu ahli parlimen..lagi lama dia duduk kerusi tu lagi susah penduduk serta rakyat Kota Raja
Semua Ahli Parlimen pembangkang khianat dengan amanah yg diberi. Sblm dapat, janji bulan dan bintang dan akan bawa semua isu setempat ke Parlimen. Bila dah smpi Parlimen, semua jadi bodo dgn isu setempat. Haha.. Rakyat yg sokong pembangkang ini ialah jenis yg senang kena jual. Huhu..
BalasPadam